Salam semua, lama saya tak update kerana sibuk dengan banyak program dan terbaru saya dijemput untuk mengendalikan program bersama IPG JB. Hari ini saya nak exam, saya luangkan masa untuk membaca buku Group counseling yang bertujuan nak perbaiki skill saya dan pengetahuan saya. Meskipun markah saya alhamdulillah 59/70 dah confirm, tapi saya bersemangat nak perbaiki kelamahan saya untuk membantu klien dengan lebih baik kelak. Itu sahaja untuk kali ini. Harap Allah mudahkan dan insyallah saya akan cuba menulis buku ini dalam versi Malay cuti nanti. Harap akan tercapai impian.
Monday, 23 December 2013
Sunday, 22 December 2013
Experiental Program Terbaik!
Hari ini experiental program kali ke-5 buat saya sebagai ketua fasilitator. Terima kasih Dr. Ain dan En. Mohd Noor percaya pada saya untuk kendalikannya. Jujur saya katakan saya teruja walaupun dengan hanya 133 orang pelajar. Kami hanya menggunakan 6 khidmat fasilitator Fervor consultation. Alhamdulillah dana hari ini merupakan rekod baru! RM 2, 682.00 dengan jumlah dana keseluruhan RM 6, 400.00 untuk diagihkan kepada 6 buah pusat anak yatim. Syukur, dapat juga amal jariah.
![]() |
Fervor consultation dan Dr Ain |
Saturday, 7 December 2013
Hari ini saya menganjurkan pertandingan bola sepak antara kolej sebagai syarat lulus subjek ko-bola sepak. Bukan mudah untuk menjalankannya jika kurang kerjasama dari semua ahli. Sebagai setiausaha saya terpaksa mengerakkan semua ahli untuk menjalankan tugas meskipun hanya tinggal 2 hari namun tidak ada apa-apa persiapan. Akhirnya, saya terpaksa melaksanakan sendiri meskipun ia bukan diluar kerja saya. Alahamdulillah ia berjaya juga dilaksanakan. Pengajaran berguna, kadang-kala kita tidak boleh terlalu mengharapkan orang lain dan kena kurang berkira. Inilah yang saya amalkan dari awal masuk ke universiti hingga hari ini. Buat sahaja untuk kebaikan diri sendiri juga..
![]() |
Urusetia kejohanan |
Sunday, 1 December 2013
Motivator 1 Malaysia
Mohon perhatian, Cehh terbawa-bawa pulak.. Hari ini saya nak kongsikan pengalaman saya sepanjang program motivator 1 Malaysian. So, ini kali pertama saya jadi MC di Universiti khususnya buat program besar. Thanx to Persatuan Kasih bagi peluang kepada saya. So far, best jugak lah jadi MC ni sebab kita tahu dulu pemenang berbanding orang lain.hehe..
Sunday, 24 November 2013
Program Pecah Rekod
Salam sayang semua.. Hari ini merupakan hari ketiga berturut-turut buat saya melaksanakan program. Program ini bertujuan mengaplikasikan nilai-nilai bitara yang dipelajari oleh para pelajar. Kali ini, hanya 200 peserta jadi saya hanya membawa fervor konsultation bersama tiga orang junior sebagai latihan buat mereka. Ni gambar untuk anda masukan dalam report k.
Saturday, 23 November 2013
Program Paling Bermakna
Hari ini saya ingin berkongsikan pengalaman yang amat WOW! (pinjam ayat cik Aziz Yatim ye..hehe) dalam hidup saya. Kali ini, Encik Anuar pensyarah saya memberikan peluang kepada saya dengan cadangan sahabat saya, saudara Hanizam Idris untuk mengendalikan program pembangunan sahsiah. Apa yang menarik sangat? Menariknya bukan program ini (sebab kami dah biasa), tetapi sebab 3++ lebih peserta terdiri daripada mereka dari luar negara seperti Namibia (80 peserta), Kazhtan dan Thailand. Nak atau tidak terpaksa kami gunakan bahasa Inggeris dan saya akui kami memang kurang hebat untuk mengendalikan dalam bahasa Inggeris. Tambahan pula, ramai dalam kalangan mereka ialah pelajar jurusan TESL. Oh my english hehe..
![]() |
Ice breaking yang dimodifikasi |
Thursday, 21 November 2013
Perbaiki Kelemahan
Hari ini salah satu hari yang bertuah kerana saya mendapat seorang lagi klien untuk kaunseling individu. Secara keseluruhan saya dah buat 5 sesi individu dan 2 sesi kelompok sejak menerima latihan. Saya hanya berkongsi refleksi saya dengan anda dan ia tidak berkaitan hal dalam sesi (etika kerahsiaan). Sebenarnya, kita tidak akan lihat kelemhan diri kita melainkan orang lain yang lihat. Begitulah hidup ini sering kali kita akan belajar dari kesilapan yang lalu.
![]() |
Sesi individu |
Wednesday, 20 November 2013
Kerja last minit!
Sebenarnya saya agak malas nak sambung perkongsian, sebab banyak kritikan yang saya terima. Saya boleh terima kritikan namun, kadang-kadang saya rasa tak selesa bila ada orang yang mengkritik lebih tapi dia sendiri tak melakukan apa-apa... Namun setelah mendapat semangat dari seseorang yang saya kagumi, saya sambung untuk anda semua.. hehe. Pernahkah anda buat kerja last minit? Ape perasaan anda? Gambar dibawah mungkin menerangkan bagaimana anda ketika itu. Jom lihat..
![]() |
Last minit punya hal..yearghh haha |
Friday, 15 November 2013
Mahluk pada cermin
Pernah tengok rancangan seekers? Kalau pernah sudah pati anda tahu mengenai pencarian inteti paranormal atau senang cerita hantu! pasti seram bila anda menyaksikannya. Adakah rancangan ini sekadar dibuat-buat? Sudah pasti tidak. mengapa? Kerana saya pernah menemui mahluk-mahluk ghaib ini sejak saya memasuki asrama ketika tingkatan satu.... Jom ikuti pengalaman saya yang tak pernah saya lupakan...
![]() |
Setiap hari rabu jam 8.30 malam |
Tuesday, 12 November 2013
Strategi Menghadapi STPM 2
Hari ini saya akan sambung strategi menghadapi STPM. Tempoh hari saya hanya menghuraikan kepentingan membina matlamat dan bagaimana membinanya. Hari ini kita akan ke fasa kedua iaitu :
2. MERANCANG PEMBELAJARAN
Kalau dahulu STPM akan diadakan di akhir tahun 6 atas. Namun, kini sistem secara semester telah menggantikan sistem lama. Saya akan terangkan dahulu apa kebaikan dan kelemahan sistem ini kepada anda.
Friday, 8 November 2013
Strategi Menghadapi STPM
Semalam saya ada membaca sebuah buku yang bertajuk "What to do when theres too much to do" karya seorang CEO sebuah syarikat di Eropah laura stack. Apa yang menarik perhatian saya, dalam buku ini terdapat satu model yang dikemukakan mirip dengan satu idea yang saya fikirkan ketika hendak menghadapi STPM. So, saya rasa tergerak untuk berkogsi dengan anda..
![]() |
Cuba baca, khususnya nak jadi peniaga berjaya |
Wednesday, 6 November 2013
Hireraki Keperluan Maslow
Baiklah hari ini saya
ingin berkongsi sedikit ilmu kaunseling berkaitan hireraki keperluan
Maslow..
Sebenarnya saya ingin
berkongsi TIPS menjawab soalan pengajian Am STPM, namun buku-buku semua ada di kampung,
saya takut jika ada part terlupa ia akan menjejaskan fakta. Maka saya kongsikan
sedikit tips ini supaya ia membolehkan anda membuat pilihan dalam hidup.
![]() |
Teori Hireraiki Maslow, bermula dari bawah |
Sunday, 3 November 2013
ANUGERAH PERKAMA
Hari ini saya agak bosan kerana semua tugasan telah selesai dan Alhamdulillah target saya menjadi kenyataan... So, di sebabkan itu, saya bercadang nak berkongsi pengalaman terhebat dalam hidup saya (hebat ke? erkkk hehe)...
Berita Harian 10 Jun : Saya di sebelah kiri sekali bersama penerima yang lain |
Model Risiko dan Pelindung
Salam sejahtera, dan terima kasih andai ada yang masih sudi berkunjung ke blog saya...
Hari ini saya nak kongsikan aktiviti saya dalam membantu Dr. Muzaffar Shah dalam kajiannya pembinaan model risiko dan pelindung. Saya diberikan amanah oleh Beliau untuk key-in data kajian dalam SPSS. (Bukan free ada income .hehe). Untuk pengetahuan semua, kajian ini akan dibawa ke Amerika pada minggu hadapan untuk dikaji selama setahun di sana dan dibandingkan dapatannya. Bangga jugalah Dr. pilih saya untuk bantu beliau hehe...
![]() |
Ha! ramai sangat nak gosip! |
Tuesday, 29 October 2013
Add subjek vs keputusan!
Salam sejahtera pada semua...
Hari ini saya nak kongsikan berkenaan add subjek di alam universiti.. Untuk makluman adik-adik yang belum lagi masuk ke universiti, di Universiti ini kebanyakkannya kita akan add subjek sendiri. Maksudnya, jadual anda tidak sama seperti sekolah yang disediakan oleh pihak sekolah. Di universiti ini kebanyakkan U akan membenarkan pelajar menyusun jadual sendiri. Namun, anda telah dibagikan guide line subjek apa yang perlu anda ambil bagi memenuhi syarat lulus ke untuk graduate.
Tips Last Minit Exam
Tempoh hari, saudari syasya Suid ada bertanya kepada saya, bagaiman tips menghadapi peperiksaan Last Minit! Ade, bukan tak de tapi seelok-eloknya bersedia dari awal ye adik-adik..
Baiklah, terdapat beberapa persediaan yang saya masudkan sebagai persediaan intelektual..
1. Membuat Nota kaki- Bukan nota di kaki hehe..
Nota kaki yang biasa saya bina ialah dengan melipat 4 kertas a4 anda... Tujuannya agar size ini mudah dibawa kemana-mana dan mudah untuk dibaca- Tak serabut
Baiklah, terdapat beberapa persediaan yang saya masudkan sebagai persediaan intelektual..
1. Membuat Nota kaki- Bukan nota di kaki hehe..
Nota kaki yang biasa saya bina ialah dengan melipat 4 kertas a4 anda... Tujuannya agar size ini mudah dibawa kemana-mana dan mudah untuk dibaca- Tak serabut
Kesan Modul Menuju Puncak
Dah lama rasanya tak updat blog ini.. Saya agak sibuk kebelakangan ini membantu timbalan dekan saya, Dr. Muzaffar menjalankan kajian risiko dan pelindung kegiatan penyalahgunaan dadah...So, misi saya ialah mengumpul 200 data dari pelajar UPSI untuk digabungkan dengan beberapa data dari seluruh negara bagi di bawa ke Amerika Syarikat untuk di kaji dan dibuat perbandingan. Thanx a lot pada Dr. yang sentiasa percaya pada saya dalam melaksanakan kerja-kerja yang penuh teliti..
Saya tertarik dengan satu post yang di naikkan oleh salah seorang pelajar dalam laman sosial Fb sebentar tadi.. Ha, ni saya copy paste ape yang dinyatakan..
Sebenarnya, saya menganggap post ini amat bermakna kerana ia telah menunjukkan bahawa salah satu modul dalam kursus Motivasi Menuju Puncak ini memberikan kesan kepada pelajar. Kerana, saudara Zul Hilmi ini masih ingat bait-bait penceritaan saya. Yang sebenarnya modul ini bukanlah dalam perancangan saya, namun modul berkongsi pengalaman ini sebenarnya lebih dekat dengan para pelajar kerana kami berkongsi cerita yang sama, perasaan yang sama dan impian yang sama meskipun saya telah jauh meninggalkan alam pra universiti. Saya faham dengan rasa inferiority mereka, dan sebagai orang yang pernah melaluinya dan berjaya menjejakan kaki ke universiti, saya rasakan sayalah yang patut meniupkan semangat buat mereka...
Setiap kali anda malas belajar wahai adik-adik, ingatlah pesan saya :
"bayangkan rakan-rakan anda telah naik ke dalam bas, sambil melambaikan tangan pada anda. Mereka akan mendaftar ke Universiti sedangkan anda tinggal sendirian"
Cuba selami, cuba bayangkan perasaan anda ketika itu! Sedihh.. lagi memilukan..
Oleh itu, buat lah sesuatu untuk diri anda! lakukan yang terbaik untuk baki beberapa hari lagi!
Semoga Allah memudahkan hajat anda, saya tunggu anda di menara gading :-)
Monday, 21 October 2013
Tips menghadapi Exam Siri 1
PENDAHULUAN
Peperiksaan
merupakan adat dalam pelajaran. Ini kerana peperiksaan merupakan penilaian bagi
menilai sejauh mana ilmu yang kita pelajari tersemat dalam hati dan mampu
dikuasai akal fikiran. Sering kali kita dengar, pelajar cemas menghadapi musim
peperiksaan. Mengapa ini berlaku? Sudah pasti, kerana belum bersedia. Jom, kita
lihat beberapa tips bagi menghadapi peperiksaan. Terdapat 4 persediaan
yang perlu dilakukan iaitu fizikal, rohani, intelek dan emosi
PERSEDIAAN FIZIKAL
· Tubuh badan –
Elakkan aktiviti yang boleh mengakibatkan kecederaan. Contohnya, patah
mana-mana anggota khususnya tangan. Ini mungkin akan membuatkan semangat anda
nak menjawab peperiksaan menurun.
Pemakanan- Pemakanan
sangat penting kerana pemakanan akan mempengaruhi kesihatan dan mood anda nak
belajar. Berikut merupakan makanan cadangan yang baik untuk kecergasan
otak anda :
Peperiksaan
merupakan adat dalam pelajaran. Ini kerana peperiksaan merupakan penilaian bagi
menilai sejauh mana ilmu yang kita pelajari tersemat dalam hati dan mampu
dikuasai akal fikiran. Sering kali kita dengar, pelajar cemas menghadapi musim
peperiksaan. Mengapa ini berlaku? Sudah pasti, kerana belum bersedia. Jom, kita
lihat beberapa tips bagi menghadapi peperiksaan. Terdapat 4 persediaan
yang perlu dilakukan iaitu fizikal, rohani, intelek dan emosi
PERSEDIAAN FIZIKAL
· Tubuh badan –
Elakkan aktiviti yang boleh mengakibatkan kecederaan. Contohnya, patah
mana-mana anggota khususnya tangan. Ini mungkin akan membuatkan semangat anda
nak menjawab peperiksaan menurun.
Pemakanan- Pemakanan
sangat penting kerana pemakanan akan mempengaruhi kesihatan dan mood anda nak
belajar. Berikut merupakan makanan cadangan yang baik untuk kecergasan
otak anda :
Sunday, 20 October 2013
Motivasi Menuju Puncak Siri 2
Friday, 18 October 2013
Menuju Puncak Siri 1
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...
Wah, amacam? Gempakkan tajuknya. Mestilah!
program ini digubal khusus untuk adik-adik saya, yang berada di tingkatan 6.
Saya tahu dan saya pernah rasa, apa yang anda alami. Jadi, saya telah membawa
sepasukan FERVOR CONSULTATION saya, ke Kulai dari Tanjung Malim..Fuhh
jauhnye...
Thanx to all who's visited my blog..cehh
speaking..hihi
Kebelakangan ini, saya agak sibuk dengan
pelbagai aktiviti dan tugasan sebagai seorang Mahasiswa hingga tak sempat untuk
berkongsikan beberapa pengalaman baru..
Baiklah sebelum saya terlupa nak update, hari ini saya
ingin kongsikan program selama dua hari yang berlangsung sejak semalam iaitu 17
dan 18 Oktober 2013. Saya bersama dua orang rakan sepasukan fervor konsultation
telah merancang melaksanakan suatu program Menuju Puncak! Mengorak langkah, menuju
kejayaan!

Subscribe to:
Posts (Atom)