Tuesday 12 November 2013

Strategi Menghadapi STPM 2

Hari ini saya akan sambung strategi menghadapi STPM. Tempoh hari saya hanya menghuraikan kepentingan membina matlamat dan bagaimana membinanya. Hari ini kita akan ke fasa kedua iaitu :

2. MERANCANG PEMBELAJARAN
Kalau dahulu STPM akan diadakan di akhir tahun 6 atas. Namun, kini sistem secara semester telah menggantikan sistem lama. Saya akan terangkan dahulu apa kebaikan dan kelemahan sistem ini kepada anda. 

nak A kan? ni rahsianya
2.1 Kelebihan
Pertama. Anda tidak perlu seperti kami semua, menyimpan semua maklumat dalam otak anda. Jika kami dahulu terpaksa menyimpan segala maklumat selama setahun setengah dan kemudian baru diterjemahkan dalam final exam. 

Kedua, jika ada demam atau sakit kronik ketika itu, musnah segala harapan dan impian sebab hanya sekali sahaja waktu anda akan exam. Contohnya, paper pengajian Am hari isnin, tiala lagi ULANGAN. Gagal PA maka anda gagal dalam STPM!

2.2 Kekurangan

Pertama. Anda mudah untuk lulus dalam setiap peperiksaan tapi sukar nak dapat 4 Flat kerana hanya perlu perform setiap semester seperti mana kami di Universiti. Saya sendiri di universiti tidak mampu kekalkan pointer contohnya semester 1, (3.95), turun (3.88) dan turun lagi (3.76) dan naik semula (3.82). Saya sendiri tidak mampu mengekalkan konsistensi dalam setiap peperiksaan dan saya tahu untuk dapat 4 flat dari awal semester 1 hingga 3 agak MUSTAHIL. Namun, anda boleh merancanag.

2.3 PERANCANGAN
Sekarang anda dah tahu, sistem semester dan anda perlu kuasai SELURUH bab yang akan ditanya untuk mendapatkan pointer first class iaitu 3.75 ke atas. Jadi, anda perlu tahu setiap semester setakat mana skop pembelajaran akan di ajar. Contoh, kertas SEJARAH semester 1 sejarah Malaysia sahaja. Jika begini anda perlu kuasai satu buku SEJARAH MALAYSIA untuk semester tersebut. 

Baiklah, bagi subjek pengajian AM pada kertas 1, anda perlu tahu sampai mana bab yang akan ditanya. Jika semester 1 akan ditanya sampai bab 4, anda WAJIB baca dan ingat fakta penting dalam bab tersebut.
Jejaka idaman malaya wahh

Saya amat menggalakkan anda membaca semua buku rujukan bagi satu subjek untuk dihabiskan dalam masa 3 HARI sahaja. Ya! 3 Hari. Contoh, baca semua halaman dalam buku PA kertas 1 dalam 3 hari, (Novel sehari boleh habis, takkan tak boleh buku PA). Pada tahap ini tak perlu hafal, anda cuma perlu baca sahaja dan fahamkan supaya ia akan memberikan gambaran pada anda gambaran keseluruhan sesuatu subjek. Biasaya ia bagi membantu anda menjawab kertas objektif. Anda WAJIB buat begini ketika di awal musim atau cuti sekolah. Percayalah ia akan membantu anda serba sedikit untuk hentam jawapan, bukan tembak sia-sia. Anatara subjek yang boleh di buat begini ialah BM1, PA1, SEJARAH,SYARIAH.


3. BELAJAR IKUT TEKNIK DALAM SETIAP SUBJEK.
Betul ke ni?? Laki rajin ok hehe

Seterusnya, setiap subjek ada cara belajar yang tersendiri. Contohnya BM karangan anda tidak boleh belajar seperti subjek sejarah. Saya akan berikan tips bagaimana belajar ikut 4 subjek yang saya ambil.

PA Objektif 
Kertas PA objektif perkara mula-mula anda perlu habiskan baca buku ini keseluruhan selama 3 Hari. Kemudian baca semula dari bab satu. Selesai membaca satu bab, jawap soalan berkaitan bab berkenaan. Biasanya, ada buku-nuku latihan seperti Oxford yang sedikan latihan ikut bab. Selesai menjawab, semak jawapan belakang dan cari punca anda salah. Cuba Kaji dan bahasakan kenapa jawapan anda salah secara MONOLOG. Semak balik buku-buku dan nota berkaitan dengan bab tersebut. 

BM Objektif
Tekniknya hampir sama dengan PA Objektif

PA KERTAS 2
Terdapat satu buku yang menyediakan ulangkaji setiap bahagian. Contoh, bahagian graf, bahagian graf sahaja. Contohnya, ada dalam pembentangan saya bertajuk NAK 4A!. Anda boleh lihat gambar buku tersebut. Setiap bahagian ABCD ada kaedah tersendiri yang akan saya ajar kemudian.

BM Subjektif
Dalam menghasilkan karangan khususnya ada teknik tersendiri. Terdapat buku khas sama seperti PA2 yang anda boleh lihat linknya di atas. Anda perlu mahirkan diri dengan bentuk soalan tersebut. Dalam buku yang saya sarankan dalam pembentangan NAK 4A!. Karangan juga akan saya upload kemudian bagaiman untuk membina karangan yang baik.

Sejarah
Hampir semua sejarah boleh gunakan teknik ini iaitu gunakan Nota Kaki Haziki. Apa yang perlu anda buat tuliskan tajuk utama dan senaraikan 5 isi penting. Lihat contoh dalam link nota kaki haziki saya sudah terangkan. Anda hanya perlu buat sebanyak mungkin nota kaki ini untuk semua subtopik sejarah dan hafal fakta penting kemudian. Jika anda baca dalam penulisan ini saya telah terangkan bagaimana nak bina "ruang menghafal" pada malam jumaat.

Syariah 1
Anda perlu baca buku yang telah dibekalkan yang mengandungi rumusan. Ustaz dari SMK bandar tenggara telah merumuskannya. Anda wajib HAFAL
DEFINISI, DALIL, RUKUN, SYARAT BAGI RUKUN, JENIS ATAU BAHAGIAN.. 
Hampir semua tajuk menganungi perkara dia atas. Cuma ada beberapa perkara yang agak berbeza dalam setiap tajuk. Bagi bahagian Usul Fiqh saya akan terangkan kemudian kerana nota saya di Kampung.

Syariah 2 
Amat mudah dan senang JIKA anda boleh tafsir bahasa Arab. Jika tidak anda perlu ingat perkataan tertentu sebagai klue. Contoh tajuk nasihat lukman pada anaknya ada perkataan boleh kita tafsir :
Allazi solatihin ho syiun. (solatihin bermaksud SOLAT- Ingat bahagian nasihat luqman pada anaknya). Begitu juga dengan haith hukum, anda cari 'keyword' yang hampir sama perkataan tersebut dengan bahawasa melayu. Insyallah anda boleh ingat bila tahu apa yang ayat tersebut ceritakan atau sampaikan.

Bersambung... 

2 comments: