Tuesday 29 October 2013

Add subjek vs keputusan!

Salam sejahtera pada semua...
Hari ini saya nak kongsikan berkenaan add subjek di alam universiti.. Untuk makluman adik-adik yang belum lagi masuk ke universiti, di Universiti ini kebanyakkannya kita akan add subjek sendiri. Maksudnya, jadual anda tidak sama seperti sekolah yang disediakan oleh pihak sekolah. Di universiti ini kebanyakkan U akan membenarkan pelajar menyusun jadual sendiri. Namun, anda telah dibagikan guide line subjek apa yang perlu anda ambil bagi memenuhi syarat lulus ke untuk graduate.

Tips Last Minit Exam

Tempoh hari, saudari syasya Suid ada bertanya kepada saya, bagaiman tips menghadapi peperiksaan Last Minit! Ade, bukan tak de tapi seelok-eloknya bersedia dari awal ye adik-adik..

Baiklah, terdapat beberapa persediaan yang saya masudkan sebagai persediaan intelektual..

1. Membuat Nota kaki- Bukan nota di kaki hehe..
Nota kaki yang biasa saya bina ialah dengan melipat 4 kertas a4 anda... Tujuannya agar size ini mudah dibawa kemana-mana dan mudah untuk dibaca- Tak serabut

Kesan Modul Menuju Puncak

Dah lama rasanya tak updat blog ini.. Saya agak sibuk kebelakangan ini membantu timbalan dekan saya, Dr. Muzaffar menjalankan kajian risiko dan pelindung kegiatan penyalahgunaan dadah...So, misi saya ialah mengumpul 200 data dari pelajar UPSI untuk digabungkan dengan beberapa data dari seluruh negara bagi di bawa ke Amerika Syarikat untuk di kaji dan dibuat perbandingan. Thanx a lot pada Dr. yang sentiasa percaya pada saya dalam melaksanakan kerja-kerja yang penuh teliti..

Saya tertarik dengan satu post yang di naikkan oleh salah seorang pelajar dalam laman sosial Fb sebentar tadi..  Ha, ni saya copy paste ape yang dinyatakan..

Sebenarnya, saya menganggap post ini amat bermakna kerana ia telah menunjukkan bahawa salah satu modul dalam kursus Motivasi Menuju Puncak ini memberikan kesan kepada pelajar. Kerana, saudara Zul Hilmi ini masih ingat bait-bait penceritaan saya. Yang sebenarnya modul ini bukanlah dalam perancangan saya, namun modul berkongsi pengalaman ini sebenarnya lebih dekat dengan para pelajar kerana kami berkongsi cerita yang sama, perasaan yang sama dan impian yang sama meskipun saya telah jauh meninggalkan alam pra universiti. Saya faham dengan rasa inferiority mereka, dan sebagai orang yang pernah melaluinya dan berjaya menjejakan kaki ke universiti, saya rasakan sayalah yang patut meniupkan semangat buat mereka...

Setiap kali anda malas belajar wahai adik-adik, ingatlah pesan saya :
"bayangkan rakan-rakan anda telah naik ke dalam bas, sambil melambaikan tangan pada anda. Mereka akan mendaftar ke Universiti sedangkan anda tinggal sendirian"

Cuba selami, cuba bayangkan perasaan anda ketika itu! Sedihh.. lagi memilukan..

Oleh itu, buat lah sesuatu untuk diri anda! lakukan yang terbaik untuk baki beberapa hari lagi!
Semoga Allah memudahkan hajat anda, saya tunggu anda di menara gading :-)









Monday 21 October 2013

Tips menghadapi Exam Siri 1

PENDAHULUAN

    Peperiksaan merupakan adat dalam pelajaran. Ini kerana peperiksaan merupakan penilaian bagi menilai sejauh mana ilmu yang kita pelajari tersemat dalam hati dan mampu dikuasai akal fikiran. Sering kali kita dengar, pelajar cemas menghadapi musim peperiksaan. Mengapa ini berlaku? Sudah pasti, kerana belum bersedia. Jom, kita lihat beberapa tips bagi menghadapi peperiksaan. Terdapat 4 persediaan yang perlu dilakukan iaitu fizikal, rohani, intelek dan emosi
  
      PERSEDIAAN FIZIKAL
·   Tubuh badan – Elakkan aktiviti yang boleh mengakibatkan kecederaan. Contohnya, patah mana-mana anggota khususnya tangan. Ini mungkin akan membuatkan semangat anda nak menjawab peperiksaan menurun.

  Pemakanan- Pemakanan sangat penting kerana pemakanan akan mempengaruhi kesihatan dan mood anda nak belajar. Berikut merupakan makanan cadangan yang baik untuk kecergasan otak anda :

Sunday 20 October 2013

Motivasi Menuju Puncak Siri 2

Saya mohon maaf kerana agak lewat update untuk program motivasi menuju puncak siri 2 ini kerana agak sibuk menyiapkan laporan program yang berlangsung selama dua hari ini. Al maklumlah, pelbagai perkara perlu diteliti, termasuk menilai setiap komen daripada semua peserta dan menganalisis sejauh mana keberkesanan program ini. – Ha! Untuk makluman gambar program saya tak update kat FB untuk menjaga modul-modul ini diciplak oleh orang lain seperti KL Gangster 2, Rugi 4.5 juta nanti haha J  

Friday 18 October 2013

Menuju Puncak Siri 1

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Thanx to all who's visited my blog..cehh speaking..hihi

Kebelakangan ini, saya agak sibuk dengan pelbagai aktiviti dan tugasan sebagai seorang Mahasiswa hingga tak sempat untuk berkongsikan beberapa pengalaman baru..

Baiklah sebelum saya terlupa nak update,  hari ini saya ingin kongsikan program selama dua hari yang berlangsung sejak semalam iaitu 17 dan 18 Oktober 2013. Saya bersama dua orang rakan sepasukan fervor konsultation telah merancang melaksanakan suatu program Menuju Puncak! Mengorak langkah, menuju kejayaan!

Wah, amacam? Gempakkan tajuknya. Mestilah! program ini digubal khusus untuk adik-adik saya, yang berada di tingkatan 6. Saya tahu dan saya pernah rasa, apa yang anda alami. Jadi, saya telah membawa sepasukan FERVOR CONSULTATION saya, ke Kulai dari Tanjung Malim..Fuhh jauhnye...