Thursday 10 July 2014

Ini kata-kata hikmah dari seorang guru yang merungkaikan beberapa petikan kata-kata motivasi dari saya dan motivator yang lain. Alhamdulillah!


Terkejut hari ini seorang cikgu Gulau Kedah menyatakan sedemikian. Tak sangkaceramah saya juga terkesan pada cikgu yang pakar dalam bidang perniagaan. Terima kasih cikgu! harap kita dapat bantu membantu antara satu sama lain!

Wednesday 9 July 2014

Program Motivasi SK Cyberjaya

Hari ini bersama adik-adik di CYBERJAYA. Guru besar menyatakan bahawa mereka pandai kerana dari anak orang-orang kaya tetapi tidak menghormati guru. So, kami diminta memberikan keinsafan pada diri mereka :-)
Wahhh happy nya dia
Ha! nak masuk 'ruang rujuk" kena berbaik-baik dengan mereka dulu

Saya bagi mereka keluarkan personaliti sebenar! 

Ha? Buat apa? modul rahsia kami! hehe

Mencarik-carik ego dalam diri mereka dengan slot rantaian kasih

Tuesday 8 July 2014

Program Putrajaya

Hari ini kami berada di Putrajaya Presin 14. Cabrannya murid-murid keluarga dari golongan kaya dan pertengahan. Terdapat jurang yang amat besar antara mereka hingga menyebabkan ada yang sanggup mencuri. Itu keluhan konsultee kami. Jadi bagaimana kami nak kendalikan slot ini?? 
Ramai kan?? 180 murid wahhh!
Setelah menjadikan mereka terkawal dengan rantaian kasih hehe


Pengarah Strategi Hayzi Consultancy

Singgah Putrajaya! Kali terakhir saya ke sini darjah 6, 11 tahun lalu hehe

Saturday 5 July 2014

Terus Kerja vs Sambung Belajar

Assalamualaikum.. lama rasanya tak update dekat 2 bulan dah kerana sibuk sangat banyak program dan ceramah jemputan. Syukur boleh juga kumpul duit nak kawin hehe.. Baiklah berbalik pada tajuk kita hari ini Terus kerja atau sambung belajar?

Pasti ramai targetnya nak kawinkan hehe

Semalam saya berjumpa dengan Kamil kawan sekelas saya tingkatan 5, kini dah menjadi pegawai di Jabatan Agama Islam walaupuun lepas SPM dia hanya sambung belajar di Marsah ambil diploma. Minggu lepas saya jumpa Zaimi, waktu di sekolah dia pemain bola wakil sekolah dan saya athlte olahraga. Apa beza kami? saya tidak fokuskan sukan sangat sebab mak tak bagi, tetapi Zaimi hidupnya setiap hari fokus pada bola sepak! Siang malam main bola dan pelajaran sudah tentu dia tidak kesahkan? 
6 tahun dulu Zaimi begini tapi sekarang??

Namun, selepas 6 tahun kami berjumpa di hadapan bank, saya amat terkejut dia sudah berjaya dengan memiliki trainer dan mendapat projek RM 500 K!!!! Saya terkejut kerana saya sendiri baru sahaja dalam proses mendapatkan projek 50K sedangkan saya belajar khusus dalam bidang psikologi! Dia tidak menyambung pelajaran pun tapi bagaimana dia lebih berjaya? Saya jumpa kawan saya sebelum ini Hasya hanya berkeja di bank dan kini ambil PJJ tetapi telah memakai Honda City! Ini membuatkan saya terfikir berbaloi ke aku ke Universiti???
Adakah besar kereta dia lagi berjaya? Bestnya!! :-)

Saya pula, hanya pelajar universiti. Cuma saya agak berbeza kerana 2 sebab sahaja dengan pelajar universiti yang lain. 1. Saya mendapat Biasiswa Tunku Abdul Rahman ( hanya 30 orang sahaja terpilih dari semua IPT). 2. Kini saya memiliki sebuah syarikat HAYZI Consultancy yang mampu menyara serba sikit hidup di Univeristi. Tetapi semua ini saya kecapi setelah berusaha keras sepanjang 3 tahun di Universiti. Bagaimana jika saya tidak ada 2 anugerah Allah ini??
Jika saya berjumpa dengan rakan-rakan lama mesti rasa malu. Di sekolah beria-ria belajar siang malam nak dapatkan 4 flat STPM. Dengan keputusan 3.92 dan masuk U, kononnya hebat tetapi tiada apa nak dibanggakan sebab??
1. Tidak ada kerja bahkan hutang PTPTN RM 28k! IPTA tu, kalau IPTS lagi banyak!
2. Tak ada gaji bulanan habuk kosong sedangkan akwan-kawan saya RM 2-3 K sebulan. Saya pernah makan kat kedai bayar guna syiling semua masa awal-awal tahun di Universiti. 
3. Kerja tiada jaminan walaupun saya Ijazah Sarjana Muda Pendidikan. Silap-silap kerja dari bawah juga!

hutang! oii pening kepala
So, Apa hebatnya masuk universiti? Apakah ukuran kerjayaan dalam hidup? Ini yang membuatkan saya berfikir bahawa TERUS KERJA juga ada kebaikannya. Saya telah bagi banyak contoh kawan-kawan saya yang berjaya! Ya jadi mengapa harus panik? Jika anda tidak mendapat tawaran ke Universiti ia bukanlah pengakhirannya hidup anda. Mungkin Allah takdirkan sesuatu yang lebih baik. Jadi apa perlu anda lakukan sekarang?? 
Orang bijak dia yang menentukan persediaan!

BERSEDIA!!

Bersedia kerja di tempat yang mungkin boleh menyelamatkan masa depan. Contoh, saya ada 2 sahabat yang dahulu kelas belakang sahaja. Kami bekerja di Tesco ketika itu saya berhenti untuk sambung belajar dan mereka terus bekerja. Apa hasilnya? Selepas 3 tahun, saya masih belajar di Universiti tiada jaminan kerja tetapi kawan saya Rashid gajinya sudah 2k sebulan telah dinaikan pangkat setelah 3 tahun bekerja. Malah Haziq kawan saya juga hanya memerlukan setahun untuk naik sebagai manager dengan gaji RM2 K. Kini dia berpindah ke butik JPO dengan gaji RM 3 k sebulan! 

Jadi apa perlu anda risau? Rezeki Allah pelbagai cara.



BAGAIMANA YANG DAPAT TAWARAN BELAJAR? TAKKAN NAK TOLAK?

Tidak semestinya. Tetapi anda harus ingat hutang PTPTN RM 28K, tiada jaminan kerja sebab sekarang persainagn cukup hebat! Dengan pointer 3.9 pun senior saya tiada jaminan posting. Apa lagi universiti bukan pendidikan? Syarikat mana nak ambil awak yang tiada pengalaman? So, ikuti langkah ini sebagai saranan saya.
  1. Mantapkan bahasa inggeris. Pastikan percakapan kita ni fasih. Sebab syarikat swasta semua cakap bahasa English!Arghhh! Saya pun tak hebat english sampai sekarang tetapi saya nak anda jangan jadi seperti saya! haha
    Eishh cam ne nak cari glfren mat salleh? haha
  2. Cari sumber duit-duit tepi. Contoh, kalau anda pandai bercakap dan memujuk rayu cubalah bisness online. Kawan saya Hanisah mampu cecah pendapatan RM 8 K hanya berniaga online. Malah di UPSI ada seorang pelajar yang telah memiliki syarikat bas sendiri! At least mampu tanggung hidup di univerisiti.
    Budak U makn ni jer jimat! tapi tak sehat huhu
  3. Berjimat cermat dalam pengurusan kewangan. Beli mengikut keperluan bukan kehendak. Bukalah akaun ASB paling kurang pinjam Rm 10 k dalam 20 tahun. Sebulan hanya RM 68 sahaja sebagai tabungan. Hujung tahun boleh kutip dividen. Ada ulama kata haram ASB, cam ne ye? Ambil jumhur Ulama yang mengatakan harus, ambil yang mudah bila perkara khilafiyah.
  4. Cari kekuatan dalam diri dan gunakan sebaik mungkin! Contoh saya sendiri, saya tahu saya daripada sekolah join debat, forum dan sebagainya jadi saya yakin membuka sebuah konsultan sendiri. Walaupun sampingan Alhamdulillah sejam sekarang saya dah boleh minta RM 100 sejam sebagai bayaran. Anda? Cari kekuatan diri. Kalau boleh memasak cuba jual kuih di Universiti Insyallah laku kak! laku tau hehe
    Rasa nak bukalah pulak! aish hehe
  5. Jaga keputusan Akademik! Jika pointer first class banyak tawaran biasiswa yang awak boleh minta sehingga RM 1000 sebulan! Nak masyuk minta dua biasiswa ada yang boleh dapat tau..hehe
    Duit bukan segalanya tetapi segalanya perlukan duit! hehe
Itu sahaja perkongsian dari saya, segala contoh saya ambil dari pengalaman saya. Mohon maaf contoh saya ambil untuk memperjelaskan isu untuk lebih difahami bukan membangga diri atau sebaliknya. Apapun pilihan di tangan anda!

Like Hayzi Consultancy untuk info berguna :
https://www.facebook.com/pages/HAYZI-Consultancy/279573562209843?ref=hl




Wednesday 2 July 2014

Program bersama SM SAINS JOHOR

Hari ini satu penghormatan Sk Sains pertama yang jemput saya! Tetapi ini merupakan program atau ceramah pertama dalam bulan Puasa. Isunya kali ini pelajar sekolah menengah yang dikatakan batch agak pasif. Tapi saya lihat tidak lah pasif mana. Audiens agah ramai dan saya seorang sahaja hari ini. Awal-awal tiada bekalan elektrik dan ini menjadikan saya terpaksa gunakan segala suara yang ada. Memang mencabar hari ini. Kena beli jugak mikrofon dan speaker sendiri tetapi tiada modal! huhu
tu adik tak rasa modul utama lagi, cikgu takut awak penat hehe

Aminnn...

yup, kena bersemngat untuk tarik awak semua!



tq dik, harapanya begitu juga :-)