Saturday 28 September 2013

Program Prodigy

Assalamualikum dan Salam Sejahtera...
Semalam 27 dan 28September, saya telah menyertai salah satu program pembangunan sahsiah yang dikendalikan oleh En. Aziz Yatim. Sebenarnya dalam program ini, untuk pelajar semester satu tapi kami diarahkan untuk menyertainya. Pada mulanya, saya agak pelik biasanya kami dijemput menjadi fasilitator namun kini kami menjadi peserta.. Nevermine, saya sertai sahaja untuk melihat bagaimana program yang mendapat anugerah di Geneva ini..

Wednesday 18 September 2013

Bermulanya insan biasa

Aku merupakan seorang anak kampung yang membesar dalam sebuah keluarga yang sederhana. Anak sulong yang belajar mengenal erti kehidupan. Maklumlah sebagai anak sulung aku banyak belajar sendiri dalam banyak perkara. Kini aku meneruskan kuliah di sebuah universiti awam... Apa yang ingin aku kongsikan bukanlah untuk tatapan sesiapa, tapi lebih untuk berkongsi dengan dri sendiri dan mengingati masa silamku. Benar, kata gestalt, masa silam itu tidak penting umpama kita memandu kereta. Cermin hadapan lebih luas dan besar kerana di hadapan itulah yang patut kita pandang dan hanya sesekali menoleh ke belakang. Aku rasa kini, aku telah banyak mencapai kejayaan yang aku impikan. Tapi, bukan itu yang hendak aku kongsikan, tapi aku ingin melihat kembali siapa diri aku. Sekolah rendah merupakan tempat aku mengenal dunia... Dunia yang penuh dengan kehendak yang sebenarnya tidak disedari oleh orang lebih tua. Disinilah bermulanya tingkah laku seseorang, maka tidak hairanlah mengapa ramai tokoh psikologis menekankan perkembangan zaman kanak-kanak. Ketika di sekolah rendah dahulu, aku merupakan seorang yang terlalu inginkan superiority kerana dikelilingi orang-orang yang hebat belaka. Aku amat kagum dengan seorang rakanku yang amat genius, sehingga ketika darjah 4, dia sudah pandai membuka buku fizik tingkatan 4. Sedangkan aku? hanya budak biasa yang sering ketinggalan walaupun aku berada di kelas pertama. Aku sering sahaja mendapat keputusan yang tidak menyenangkan hati orang tuaku. Setiap kali mendapat keputusan pasti aku dimarah, dilempar dengan buku, dilempang dan bermacam lagi yang membuatkan aku "inferiority". Aku juga sering dibanding-bandingkan dengan rakan-rakan sebaya yang lebih hebat dariku. Begitu juga dengan rakan di sekolah, sering sahaja aku diperlekehkan. Setiap kali habis waktu kelas, mereka akan berlari meninggalkan aku. Malangnya, aku yang naif pada masa itu, terhegeh-hegeh mengejar mereka. Aku ingin berkawan namun sering direndah-rendahkan. Walaupun aku tidak kuat berlari sepantas mereka, namun jauh dalam hatiku aku amat meminati sukan olahraga. Ya, aku terima harus menerima hakikat, semput... Aku tidak akan berpeluang mengejar mereka... Pernah suatu ketika, aku mewakili rumah sukan untuk acara 4x100m. Aku pelari ketiga walhal malam itu aku mengambil oksigen kerana semput. Ketika aku mendapat batton, aku berlari sekuat yang mampu, tapi nafas ku tidak segagah mereka. Aku hampir pengsan rasanya, dan aku membawa diri ke sebuah pohon besar sambil memandang rakanku meneruskan larian.. Betapa sukarnya untuk menjadi yang terbaik... Jika diimbau kembali, zaman sekolah rendah memang memilukan. Bukan itu sahaja, bahkan aku pernah lewat ketika peperiksaan PTS. Ketika aku sedar, guru besar telah menunggu dihadapan rumah. Sampai ke sekolah aku ditertawakan dan dijadikan bahan buat mereka. Begitulah hidupku dahulu... Aku tidak pernah sesekali melupakan semua saat susahku, dipandang hina dan diperlekehkan... Sekarang aku telah jauh bangkit dari semua itu. Aku bukan lagi orang yang terkejar-kejar mengejar orang lain, kerana aku pernah menjadi jaguh pecut sekolah. Aku juga tidak lagi diherdik dan diperlekeh kerana aku bekerja keras untuk mencapai kejayaan dalam akademik. Sehari hampir tujuh jam aku memaku diri, untuk mengkaji pelajaranku... Untuk apa?? Semua yang aku lakukan kerana aku tidak mahu diperlekehkan oleh orang lain. Sekarang aku tidak hirau apa manusia nak kata. Yang penting aku buat yang terbaik untukku. Cukup, untuk melihat mama bangga dengan apa yang aku kecapi. Aku juga tidak lagi terhegeh-hengeh pada mereka yang tidak mahu, kerana aku yakin aku mampu berdiri tanpa dipapah mereka... Sekian, buat diri yang jangan pernah lupa diri...