Saturday 28 September 2013

Program Prodigy

Assalamualikum dan Salam Sejahtera...
Semalam 27 dan 28September, saya telah menyertai salah satu program pembangunan sahsiah yang dikendalikan oleh En. Aziz Yatim. Sebenarnya dalam program ini, untuk pelajar semester satu tapi kami diarahkan untuk menyertainya. Pada mulanya, saya agak pelik biasanya kami dijemput menjadi fasilitator namun kini kami menjadi peserta.. Nevermine, saya sertai sahaja untuk melihat bagaimana program yang mendapat anugerah di Geneva ini..

Ternyata, program ini mempunyai impak yang besar! Hebat sekali modul yang dikendalikan oleh En. Aziz ini. Pada mulanya, saya kurang selesa dengan Encik Aziz sebab dalam kelas beliau selalu provoke kami supaya kami dapat buat sesuatu yang lebih hebat dari beliau. Mungkin, begini caranya beliau ingin melahirkan insan yang hebat dengan membuat provokasi.

Baiklah, sepanjang program ini berlangsung ada beberapa modul yang amat memikat saya. Ketika ice breaking dijalankan, beliau bijak menggunakan tempat meskipun berlaku perubahan aktiviti di saat akhir. Beliau menjadikan elemen lakonan sebagai daya penarik aktiviti pelajar dan seterusnya memecahakan ice di antara mereka. Misalnya, saya sendiri telah ke hadapan beberapa kali. Beliau meminta pelajar melakonkan gaya bina badan, suara paling lunak, dan beberapa aktiviti yang menarik minat pelajar untuk join dalam aktiviti ini. Ni sampel saya turut join aktiviti..hehe


Dalam banyak-banyak modul yang ada, saya tertarik dengan Modul P-A-C. Modul ini dikatakan ketika itu dari Teori Psikoanalitik, tapi setahu saya P-A-C teori Eric Berne, silap teknikal kot.. Tapi sungguh hebat modul ini. Beliau mengarahkan seorang pelajar bediri dan beliau marah belajar tersebut hingga semua tercenbgang. Saya berbincang dengan rakan-rakan iaitu Aishah dan Sakinah. Adakah ini modul? Maka, saya ambil keputusan untuk bangun dan membuat provokasi. Wahhh!! tercengang pelajar semester 1! hehe.. Terkejut mereka kerana ada pelajar berani melawan guru! Sebenarnya, saya sendiri pernah alami modul seperti ini di kem TOT Fasilitator Za'ba yang mana kami ada satu kumpulan dihalau tengah malam dan pada masa itu semua menangis dalam hujan. Tindakan saya tadi menyebabkan semakin ramai yang bangun membela kawan mereka yang di kutuk oleh En. Aziz.. saya tahu jika saya tak bangun mereka tidak bangun untuk membantah. Ini dinamakan kemahiran tegas diri. Apabila selesai En. Aziz jelaskan ini semua hanya lakonan dan ramai terkesima. hehe.. En. Aziz pun mungkin tak tahu yang saya bangun pun adalah lakonan sebab beliau nampak sentap juga dengar kata-kata saya.hehe sory bos..
3 Tahun di Tg. Malim tak pernah ambil gambar di KTM tapi disebabkan modul beliau kami bergambar disini

Kemudian ada, beberapa lagi modul yang hebat hingga ada pelajar India menangis di luar. Saya kebetulan terjumpa dia dan saya cuba tanya apa yang berlaku. Wah hebat dengan klip vido sahaja dapat menusuk kalba para pelajar! Saya emamng solute dengan modul beliau yang mencari pintu belakang dalam diri pelajar untuk meneroka kisah hidup masing-masing. Berbalik pada pelajar India ini, saya ajak dia untuk berkongsi dengan saya. Dia menolak dan menyatakan dia fasilitator. Saya katakan saya pelajar bimbingan dan kaunseling semester 5. Dia maklum dan dia share apa yang berlaku. Saya dengar sebentar keluhannya.. Banyak urusan tidak selesai dalam dirinya. Saya kagum dengan En. Aziz dan saya mendapat idea apabila praktikum nanti, saya akan mulakan dengan program kerana jika pelajar terkesan dengan program. Sudah pasti ramai rasa selesa untuk menghadiri sesi kaunseling bersama kaunselor kerana timbul rasa percaya. Thanx En. Aziz mencetuskan idea kepada saya..

Banyak lagi modul yang digunakan hebat belaka dan saya akui beliau amat pakar dalam program. Pengalaman saya yang amat berharga ialah ketika saya terjumpa dengan pelajar india tersebut. Saya dapat melihat betapa bererti dan bermakna sebuah program andai ia diselia dengan pengalaman dan kemahiran yang hebat! Ui Love!  

  

No comments:

Post a Comment