Thanx to all who's visited my blog..cehh
speaking..hihi
Kebelakangan ini, saya agak sibuk dengan
pelbagai aktiviti dan tugasan sebagai seorang Mahasiswa hingga tak sempat untuk
berkongsikan beberapa pengalaman baru..
Baiklah sebelum saya terlupa nak update, hari ini saya
ingin kongsikan program selama dua hari yang berlangsung sejak semalam iaitu 17
dan 18 Oktober 2013. Saya bersama dua orang rakan sepasukan fervor konsultation
telah merancang melaksanakan suatu program Menuju Puncak! Mengorak langkah, menuju
kejayaan!
Wah, amacam? Gempakkan tajuknya. Mestilah!
program ini digubal khusus untuk adik-adik saya, yang berada di tingkatan 6.
Saya tahu dan saya pernah rasa, apa yang anda alami. Jadi, saya telah membawa
sepasukan FERVOR CONSULTATION saya, ke Kulai dari Tanjung Malim..Fuhh
jauhnye...
Sepanjang dua hari ini, kami telah
mempertaruhkan tiga modul baru yang diharapkan dapat menaikkan semangat dan motivasi
adik-adik bagi menghadapi peperiksaan yang akan datang...
Permulaan program dimulakan dengan sesi
ice breaking, merupakan sesi memecahkan perasaan curiga dan membina hubungan
rapport bersama adik-adik. Dalam sesi ini juga mereka telah dipecahkan kepada 6
kumpulan yang mengandungi jantina lelaki dan perempuan yang terdiri daripada
kelas 6A2 dan 6A5.
Kemudian, program diteruskan dengan Modul yang diberi nama Heading The Top. Dalam modul ini para pelajar telah cuba membina setinggi mungkin bangunan yang melambangkan keinginan dan semangat yang tinggi untuk mencapai yang terbaik dalam kehidupan. Modul ini juga sebenarnya telah dapat mencungkil personaliti atau topeng muka para pelajar kerana halangan seperti angin, gangguan rakan-rakan serta kecuaian sendiri mampu mengundang keruntuhan bangunan yang dibina. Ketika inilah, sikap atau personaliti sebenar pelajar akan dapat dilihat. Contohnya, ada yang kelam-kabut, gemuruh dengan tangan yang menggigil, kesabaran - ada yang marah bila bangunan mereka jatuh dan paling penting kami ingin melihat motivasi mereka membina semula bangunan yang runtuh. Modul ini telah dikendalikan oleh sahabat saya, Pn. Effa memandangkan modul ini adalah diilhamkan olehnya :-)
Modul 1 : Penglibatan peserta To The Top
Dalam modul kedua pula, sahabat saya Ahon
telah mengendalikan slot Fashion Show. Peserta diminta menggunakan kreativiti
bagi mereka pakaian paling unik dan cantik untuk diperagakan oleh model mereka.
Kemudian, sesi lelongan diberikan kepada setiap promoter untuk menyatakan
konsep, idea dan fungsi pakaian yang dihasilkan.
Falsafah bagi modul ini adalah untuk
melihat 6 jenis personaliti yang dinyatakan oleh Holland iaitu :
Investigatif : Dimainkan oleh ketua
kumpulan dalam memahami tugasan diberikan
Artistik : Dimainkan watak oleh pereka fesyen - pelbagai hasil rekaan menarik
Sosial : Dimainkan oleh watak model dengan gaya
catwalk yang melucukan
Enterprising: Dimainkan oleh watak
promoter dengan pelbagai tipu helah
Berikut merupakan contoh watak-watak sepanjang modul fashion show dijalankan :-)
\\
Setelah kepenatan, mengharungi dua modul dari kami, maka adik-adik
diberikan peluang untuk berehat. Kesian dia, penat ye…
Naik rehat, nampaknya adik-adik semua tak
sabar ye nak mulakan program. Saya memulakan dengan sedikit nyanyian lagu buat
mereka… Jom nyanyi! Nak cari artis AF ni..hee
Gemuruh Faizal Tahir
Gemuruh Faizal Tahir
Gemuruh
jiwa, semangat membara
Dari
puncak ingin ke angkasa
Menyerlah
jauh dari yang biasa!
Seterusnya, saya membuat sedikit self
disclosure secara tidak sengaja dan tidak dalam rancangan saya. Saya berpesan
kepada adik-adik… ha, apa dia? Ingat lagi?
Kalau
awak, malas bayangkan semua rakan-rakan naik bas dan tinggalkan anda!
Ketika ini, saya sedar saya telah membawa
mood sedih kepada adik-adik. Bagi meneruskan modul saya, saya minta kak Efa
bagi memberikan sedikit energizer baru bagi switch
mood mereka kepada gembira. Ha, jom kenyek tangan kawan!
Baiklah, selesai mendapat tenaga baru saya
mulakan dengan Modul terakhir iaitu paku berdiri di atas paku! Ha? Apa tu bang?
Hehe.. pecah lah otak fikir, jangan tak fikir J
Setelah 2 minit, mereka memecah otak, maka saya terpaksalah memberikan klu dan tunjuk ajar. Hasilnya, jeng, jeng...
Falsafah daripada modul ini ialah tiada
sesuatu yang mustahil dalam dunia ini. Walaupun dengar agak tak logik untuk
satu paku berdiri atas paku, namun ia boleh didirikan hasil janaan idea yang
cerdik lagi pintar.. heh.. Kedua, gaya pembelajaran kebanyakkan bersifat
abstrak dan konkrit. Abstrak adalah sesuatu yang tidak dapat dilihat, maka
perlunya kita menterjemahkan dalam bentuk yang konkrit..Contohnya, fakta dalam
buku yang berjela-jela kita bentuk dalam peta minda, ia akan memudahkan
pemahaman dan penghafalan anda
Baiklah, setakat ini sahaja yang ingin saya kongsikan buat masa ini.. insyallah kita akan bertmu lagi.. kepada adik-adik selamat maju jaya dalam peperiksaan STPM anda!
No comments:
Post a Comment