Tuesday 29 October 2013

Add subjek vs keputusan!

Salam sejahtera pada semua...
Hari ini saya nak kongsikan berkenaan add subjek di alam universiti.. Untuk makluman adik-adik yang belum lagi masuk ke universiti, di Universiti ini kebanyakkannya kita akan add subjek sendiri. Maksudnya, jadual anda tidak sama seperti sekolah yang disediakan oleh pihak sekolah. Di universiti ini kebanyakkan U akan membenarkan pelajar menyusun jadual sendiri. Namun, anda telah dibagikan guide line subjek apa yang perlu anda ambil bagi memenuhi syarat lulus ke untuk graduate.

Tapii!! setiap malam ini biasanya akan menyelubungi keresahan buat anda semua kerana kadang kala berlaku nya sistem down kerana semua pelajar akan cuba add secepat yang mungkin kerana had kuota yang ditetapkan.. Biasanya, pada hari diumumkan akan berlaku add/ drop start 12 malam semua student akan berjaga tunggu masa untuk add drop.. omg! ngatuknya.. anda kena bersedia untuk meracanga jadual anda.
Contohnya, kalau anda nak kelas isnin sampai rabu sahaja pun boleh, hari lain boleh enjoy.. tapi penat lah sikit, bergantung juga pada berapa banyak jam kredit anda. Misalnya, semester ini saya hanya ambil 19 jam kredit jadi agak ringan, berbading 22 jam kredit seperti semester lepas.



Biasanya, satu jam kredit mengambil masa satu jam melainkan kokurikulum 2 jam. Anda perlu bijak meletakkan berapa jam kredit yang perlu dalam satu semester kerana setiap jam kredit akan mempengaruhi keputusan peperiksaan anda setiap semester. Contohnya, bagi subjek yang mengandungi 1 jam kredit anda dapat A, maka ia mewakili nilai 4.00 PNG. Jika dapat A- anda akan peroleh 3.75 dan seterusnya.. ia akan di darab dengan berapa jumlah jam kredit anda. Berikut contoh keputusan peperiksaan semester 1 :



Ok, lihat pada bahagian A- bagi subjek Perkembangan kerjaya saya mendapat A- yang menyebabkan PNG atau point yang diperoleh menjadi 11.25 bagi subjek tersebut. Ini kerana nilai A- iaitu 3.75 perlu di darab dengan 3 kerana kredit tersebut 3 jam kredit. Bagi subjek english tersebut tidak dikira, kerana ia asas dan selamatlah pointer keseluruhan saya. Hasil point daripada setiap subjek tersebut akan dicampurkan semuanya dan dibahagikan mengikut jumlah kredit.  

Maka akan terhasilah berapa pointer anda pada semester tersebut contohnya saya mendapat PNGS 3.95 pada semester 1. PNGS setiap semester akan dicampurkan dan dibahgikan setiap semester yang menghasilkan PNGK. Untuk mendapat ijazah pertama anda perlu memastikan PNGK anda sentiasa melebihi 3. 75 setiap semester. So, tak payah Bayar PTPTN! Yahoo! jika anda bijak, anda boleh meminta beberapa biasiswa yang akan saya beritahu kelak.

So, harap ia membantu anda serba sedikit untuk mengetahui perjalanan hidup di Universiti. Dari add/ drop subjek hinggalah ke Keputusan peperiksaan, ia amat memerlukan perancnagan dan kebijaksanaan anda menuruskan hidup di Alam Universiti, bahkan hingga alam kerja kerana ia berkait dengan pinjaman PTPTN anda. Tak Payah bayar PTPTN tapi pastikan anda mendapat ijazah pertama! G. Luck.. 

No comments:

Post a Comment