Tuesday 29 October 2013

Tips Last Minit Exam

Tempoh hari, saudari syasya Suid ada bertanya kepada saya, bagaiman tips menghadapi peperiksaan Last Minit! Ade, bukan tak de tapi seelok-eloknya bersedia dari awal ye adik-adik..

Baiklah, terdapat beberapa persediaan yang saya masudkan sebagai persediaan intelektual..

1. Membuat Nota kaki- Bukan nota di kaki hehe..
Nota kaki yang biasa saya bina ialah dengan melipat 4 kertas a4 anda... Tujuannya agar size ini mudah dibawa kemana-mana dan mudah untuk dibaca- Tak serabut



Untuk pengetahuan semua, nota begini saya gunakan dari sekolah hingga sekarang di alam universiti. Ada penuh dalam kotak kat bilik.. Bukti~ macam tak percaya je, macam tak percaya je (Pinjam ayat budak legoland)

Fungsi nota kaki Haziki ini ialah untuk memudahkan isi penting direkod dan dapat menjimatkan ruang untuk banyak topik. Contohnya, bagi soalan sejarah anda tuliskan tajuk soalan dan nyatakan 5 isi utama serta 3 point huraian ringkas. Ingat! ringkas sahaje cukup dah last minit der..

2. Gunakan Teknik Kata Kunci- Teknik ini perlu digabungkan dalam nota kaki haziki ini kalau nak lagi mudah dan tersusun.Gunakan kata Kunci huruf awal dan bina ayat yang anda senang nak ingat!

Contah : Faktor kedatangan Eropah ke Tanah Melayu boleh kita ingat melalui ankronim TEKAP
T : Terusan Suez
- Berikan 3 point ringkas nak mudakan ingatan
-Hurain 1 : Memendekkan perjalanan
-Hurain 2 : Selamat dari tiupan angin Monsun
-Hurain 3 : Menjumatkan masa dan tenga

E : Ekonomi
- Meluaskan pasaran contoh jual candu
- Hurain 2, 3 cari sendiri k

K: Ketakstabilan Politik

A : -  Agama - menyebarkan agama kristian

P : Penciptaan Kal Wap

3. Baiklah, dalam jadual belajar pula luangkan masa untuk menghafal. Untuk last minit kalau boleh ambil sejam jer dari 24 jam sehari untuk hafal! Tak payah banyak-banyak cuma ambil satu je dari nota kaki haziki yang saya ajarkan. Lebih baik anda buat nota tu dari soalan-soalan ramalan yang dah ada jawapan. So, jimat masa dan mungkin keluar! Cett semangat hehe..

Cara nak hafal ialah baca dan kemudian tuliskan balik tanpa anda tengok pada kertas kosong. Tulis sahaja seberapa banyak anda mampu ingat dan jangan, jngan tipu diri anda. Buat hari-hari dekat nak exam akan kuatkan ingatan anda. Percaya atau tidak? Bolos saje dinding itu,,, he

4. Jawab atau baca soalan-soalan lepas kerana kemungkinan keluar tu ada. Paling kurang anda tahu bentuk soalan akan tanya. Jangan terlalu berharap tapi at least pernah baca atau anda dah buat dalam nota kaki haziki anda. Nak lebih elok, cuba jawab dalam masa diperuntukkan dan buat alala ujian untuk diri sendiri. Cabar diri anda!

5. Setelah selesai buat semua ini, buat senarai semak iaitu lihat pada isi kandungan buku anda. Tandakan guna higlight:
Merah : Part tu hampeh tak tahu langsung
Kuning : Tahu tapi tak semua
Hijau   : Anda dah mahir part tu

Tujuannya, anda semak part merah tu untuk mahirkan atau paling kurang tahu. Contohnya, bab dalam syariah 1 kita tak mahir langsung bab Mahar. So, nanti ada masa buat ulang kaji part2 yang merah tu..

6. Seperti biasa, bila dah usaha berdoa. Banyakkan solat Dhuha kerana sabda nabi :
"wahai anak adam, jangalah sesekali kamu malas solat dhuha nescaya aku cekupkan keperluanmu pagi dan petang"

Selamat Bersedia.. Chiayokk!
Semua strategi ini, diilhamkan oleh saya sendiri dan saya kembalikan ilmu ini bagi membantu anda semua. Selamat try... Macam tak faham je, macam tak faham je _ Boleh tanya kat bawah k



1 comment:

  1. Saya ada masalah dalam memahami sejarah stpm, lagi² sem 2, mmg tema 3 payah nak faham

    ReplyDelete