Monday 21 October 2013

Tips menghadapi Exam Siri 1

PENDAHULUAN

    Peperiksaan merupakan adat dalam pelajaran. Ini kerana peperiksaan merupakan penilaian bagi menilai sejauh mana ilmu yang kita pelajari tersemat dalam hati dan mampu dikuasai akal fikiran. Sering kali kita dengar, pelajar cemas menghadapi musim peperiksaan. Mengapa ini berlaku? Sudah pasti, kerana belum bersedia. Jom, kita lihat beberapa tips bagi menghadapi peperiksaan. Terdapat 4 persediaan yang perlu dilakukan iaitu fizikal, rohani, intelek dan emosi
  
      PERSEDIAAN FIZIKAL
·   Tubuh badan – Elakkan aktiviti yang boleh mengakibatkan kecederaan. Contohnya, patah mana-mana anggota khususnya tangan. Ini mungkin akan membuatkan semangat anda nak menjawab peperiksaan menurun.

  Pemakanan- Pemakanan sangat penting kerana pemakanan akan mempengaruhi kesihatan dan mood anda nak belajar. Berikut merupakan makanan cadangan yang baik untuk kecergasan otak anda :


Madu
Mengandungi pelbagai jenis vitamin, mineral dan enzim yang meningkatkan daya ingatan dan kecerdasan mental

Kacang Merah

Mengandungi vitamin B1 amat diperlukan untuk meningkatkan daya ingatan otak  melalui neorotransmiter

 Kismis
Mengandungi zat besi yang diperlukan bagi membina darah bagi memastikan bekalan oksigen yang cukup pada otak

Bahagian kuning telur padat dengan kolin, zat yang dapat meningkatkan daya ingatan otak

Makanan paling sempurna untuk otak bersadarkan hadith. Saya sendiri konsisten minum Jus Tok Guru sewaktu nak STPM dahulu ternyata baik untuk hafalan. Tapi sekrang dah tak de buget untuk teruskan- Harap ada sponser.hehe

No comments:

Post a Comment