Friday 27 December 2013

Keseorangan? Pilihan di tangan anda!

Keseorangan? Pernah anda rasa seperti ini? Ya, mungkin dalam sesaat hidup anda, anda akan rasa apa itu keseorangan. Begitu juga dengan saya tak lari dari situasi ini. Ya, mungkin ada yang ada keluarga bahagia, tapi tiada kekasih..ada kekasih tetapi tiada keluarga? atau ada keluarga dan kekasih tetapi tiada sahabat? saya berada pada pilihan yang terakhir. Anda bagaimana?


Sejujurnya, rasa ingin dikasihi dan mengasihi ini memang wujud dalam semua manusia di dunia ini. Dalam teori kaunseling choice theory reality theraphy kami panggil ia dalam needs love and beloging. Saya akan huraikannya dari aspek dunia saya, dan jika berminat anda boleh terus membca, jika tidak biarkan ia menjadi diari saya.

Wednesday 25 December 2013

Obama on Substance Abuse Prevention Month

Salam semua. Saya mendapat maklumat terbaru dari timb. dekan saya, Dr Muzaffar Shah yang berada di US berkenaan kempen pencegahan dadah terbaru di Amerika. Saya copy paste kan untuk anda semua selamat membaca. Anda boleh tekan butang translate pada bahasa melayu jika kurang mahir english.Tq

A proclamation by the President of the United States of America:

Monday 23 December 2013

EXAM

Salam semua, lama saya tak update kerana sibuk dengan banyak program dan terbaru saya dijemput untuk mengendalikan program bersama IPG JB. Hari ini saya nak exam, saya luangkan masa untuk membaca buku Group counseling yang bertujuan nak perbaiki skill saya dan pengetahuan saya. Meskipun markah saya alhamdulillah 59/70 dah confirm, tapi saya bersemangat nak perbaiki kelamahan saya untuk membantu klien dengan lebih baik kelak. Itu sahaja untuk kali ini. Harap Allah mudahkan dan insyallah saya akan cuba menulis buku ini dalam versi Malay cuti nanti. Harap akan tercapai impian.

 

Sunday 22 December 2013

Experiental Program Terbaik!

Hari ini experiental program kali ke-5 buat saya sebagai ketua fasilitator. Terima kasih Dr. Ain dan En. Mohd Noor  percaya pada saya untuk kendalikannya. Jujur saya katakan saya teruja walaupun dengan hanya 133 orang pelajar. Kami hanya menggunakan 6 khidmat fasilitator Fervor consultation. Alhamdulillah dana hari ini merupakan rekod baru! RM 2, 682.00 dengan jumlah dana keseluruhan RM 6, 400.00 untuk diagihkan kepada 6 buah pusat anak yatim. Syukur, dapat juga amal jariah.
Fervor consultation dan Dr Ain

Saturday 7 December 2013

Hari ini saya menganjurkan pertandingan bola sepak antara kolej sebagai syarat lulus subjek ko-bola sepak. Bukan mudah untuk menjalankannya jika kurang kerjasama dari semua ahli. Sebagai setiausaha saya terpaksa mengerakkan semua ahli untuk menjalankan tugas meskipun hanya tinggal 2 hari namun tidak ada apa-apa persiapan. Akhirnya, saya terpaksa melaksanakan sendiri meskipun ia bukan diluar kerja saya. Alahamdulillah ia berjaya juga dilaksanakan. Pengajaran berguna, kadang-kala kita tidak boleh terlalu mengharapkan orang lain dan kena kurang berkira. Inilah yang saya amalkan dari awal masuk ke universiti hingga hari ini. Buat sahaja untuk kebaikan diri sendiri juga..
Urusetia kejohanan

Sunday 1 December 2013

Motivator 1 Malaysia

Aummm... cak! hehe... (Asaalamualaikum)
Mohon perhatian, Cehh terbawa-bawa pulak.. Hari ini saya nak kongsikan pengalaman saya sepanjang program motivator 1 Malaysian. So, ini kali pertama saya jadi MC di Universiti khususnya buat program besar. Thanx to Persatuan Kasih bagi peluang kepada saya. So far, best jugak lah jadi MC ni sebab kita tahu dulu pemenang berbanding orang lain.hehe..