Friday 27 December 2013

Keseorangan? Pilihan di tangan anda!

Keseorangan? Pernah anda rasa seperti ini? Ya, mungkin dalam sesaat hidup anda, anda akan rasa apa itu keseorangan. Begitu juga dengan saya tak lari dari situasi ini. Ya, mungkin ada yang ada keluarga bahagia, tapi tiada kekasih..ada kekasih tetapi tiada keluarga? atau ada keluarga dan kekasih tetapi tiada sahabat? saya berada pada pilihan yang terakhir. Anda bagaimana?


Sejujurnya, rasa ingin dikasihi dan mengasihi ini memang wujud dalam semua manusia di dunia ini. Dalam teori kaunseling choice theory reality theraphy kami panggil ia dalam needs love and beloging. Saya akan huraikannya dari aspek dunia saya, dan jika berminat anda boleh terus membca, jika tidak biarkan ia menjadi diari saya.


Saya membesar dengan cukup kasih sayang keluarga begitu juga kekasih. Namun, saya tidak pernah memiliki sahabat sejati. Dari zaman sekolah hingga hari ini. Adapun hanya seorang sahaja rakan saya dari darjah satu sampai ke tingkatan 6 rendah. Di univerisiti saya masih gagal mencari sahabat. Mengapa? adakah silap saya? Ya! silap saya. Kadang kala kita berbicara sesedap bahasa umpama diri saya yang sering terbawa meja perbahasan dalam hidup seharian. Tetapi kadang kala ia bukan lah punca utama. Cemburu? pernah cemburu? cemburu ini banyak jenis, kadang kala orang cemburu kerana pangkat, harta, wanita dan kedudukan. Inilah kelemahan lelaki di dalam Al-Quran dan saya rasakan semua itu.

Kadang kala kita boleh capai segala yag kita hajatkan, menjadi yang terbaik dalam segala bidang, menjadi nombor 1, merangkul apa jua anugerah.. adakah kita sempurna? tidak. Tuhan pasti akan menarik salah satu nikmat yang lain. Benar, ada juga silap kita namun inilah yang dikatakan tiada manusia yang sempurna. No body perfect.

Saya tergerak bukan untuk bercerita tentang diri saya tetapi orang yang saya kenal dan kagumi. Beliau berjaya segalanya dan saya nampak kerja kuatnya tetapi akhirnya dia menjadi tempat umpatan orang lain. Saya nilai dia tidak pernah sekali mengumpat hal orang yang mengatanya. Bagaimana dia boleh sampai ke tahap ini? saya sendiri ingin kepastian dan bertanya padanya. Dia mengatakan hidup ini tiada apa. Mungkin inilah yang dikatakan oleh Maslow tahap kesempurnaan. Bagaimana untuk mencapainya? kerjalah dengan ikhlas kerana Allah. Mudah untuk mengucap tapi sukar dilaksanakan. Berbalik pada cerita saya, meskipun saya tidak punyai ramai sahabat seusia saya, namun saya ramai sahabat yang jauh usianya dari saya. Kadang-kala seusia ayah saya tetapi mereka menjadi sahabat saya. Kerana apa? saya gemar dengan cara mereka berfikir tidak seperti anak-anak. Saya harap suatu masa saya mampu menjadi seperti mereka. Anda bagaimana? pilihan ditangan anda. Jika anda gagal dalam dunia A, mungkin ada dunia B buat anda. Teruskan mencari...

No comments:

Post a Comment