Tuesday 28 January 2014

DUTA JAUHAR JOHOR

Pada 28 hingga 30 Januari 2014, saya bersama 14 orang rakan dari serata Johor telah mewakili UPSI sebagai Duta Jauhar Johor. Ia merupakan perhimpunan anak-anak Johor bagi mencipta idea untuk membantu masyarakat sekitar. 
Pasukan Duta Jauhar dari UPSI




Kumpulan kami telah mendapat Batu Pahat sebagai kawasan untuk dibangunkan. Kami telah diajar dengan Blue Ocean Strategi yang berpaksikan End in Mind merupakan cabang idea Stphen Covey. Setelah dua hari membincangkan idea-idea, idea asal saya telah diterima oleh sahabat perjuangan dengan diberikan sedikit inovasi dengan diberikan nama projek YES! 

Projek YES secara dasarnya akan membina rantaian makanan yang baru berbanding asal. Lihat rajah di bawah yang merupakan rantaian asal. Dalam rantaian asal helang merupakan pengguna terakhir. Namun, kami akan menyingkatkan dengan tidak menggunakan ular dan tikus iaitu mengurangkan monopoli orang tengah dalam industri IKS. Ini bermaksud, pembeli akan mampu membeli kerepek dengan harga lebih murah tanpa melibatkan orang tengah yang sering mengambil keunbtungan yang besar.

Rantaian makanan

Diharapkan idea kami akan berjaya membantu meningkatkan produk IKS pada masa akan datang. Yes! Yes!Yes!
Sebelum naik ke pentas!
Idea disampaikan dengan penuh harapan dan semangat..hehe

No comments:

Post a Comment