Saturday 22 February 2014

Exam Result

Alhamdulillah semester 6 dah tiba. Keputusan Peperiksaan pun agak ok lah cuma kurang senyum bila tak dapat 4 Flat kali ni! Meskipun hampir semua A bulat tetapi subjek English pula terkandas. Harap dapat kekalkan momentum hingga sem 8 dan azam semester WAJIB 4 Flat! hehe.. Dengan itu selamatlah biasiswa dari di potong. Harap Hari Anugerah Cemerlang akan diadakan semula semester ni, sebab nak Anugerah Khas. Patutnya 2 Sem dah dapat tapi dah tak de pulak.. Juz berkongsi harapan diri ini :-)

Wednesday 19 February 2014

Nak pilih kursus di Universiti

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hari ini saya dihujani soalan bertalu-talu dari adik-adik STPM. Kasihan ramainya yang dalam dilema. perkara biasalah. Tapi hari ini saya akan share macam mana nak pilih kos apa? U mana? Syarat dia apa? Banyak pertimbangan yang perlu kita buat bukan..


Kita perlu pertimbangkan keputusan peperiksaan kita. Lihat result masing-masing.. Total berape pointer anda semua. 

Saya bahagikan kepada 3 tahap keputusan. 

1. 3.50 - 4.00 : 
Boleh apply apa juga kos yang kita minat (boleh buat ujian minat kejaya kaalu tak pasti, berhubung dengan kaunselor sekolah), tak kesah dekat universiti mana-mana dalam negara IPTA. Insyallah confirm dapat melainkan ada syarat tertentu :
- Nak MUET (band tertentu contoh law band 4),
- Ada syarat subjek tertentu. Contoh kos bahasa Arab wajib ada arab time STPM
-  Dia nak lihat SPM, matematik, bm, english lulus.
- Contoh : Saya dapat 3.92 tapi tak dapat Undang-undang syriah di UM sebab tak dapat band 4 MUET.
Contoh syarat kos undang2- uitm

3.00- 3.40  :
Boleh  demand sikit-sikit jer dengan minat kita, universiti pun elakkan ambil UM, UPM, USIM, UIA tak dapat. melainkan ada syarat tertentu :
- Nak MUET (band tertentu contoh law band 4),
- Ada syarat subjek tertentu. Contoh kos bahasa Arab wajib ada arab time STPM
-  Dia nak lihat SPM, matematik, bm, english lulus.

2.50-3.00   :
JANGAN-JANGAN demand sangat dengan pointer kita yang tak seberapa. Yang penting kita masuk Universiti kan? Pilih lah Uitm, UUM kos selain berkait dengan Ekonomi, UNIMAS, UMS
Sebab? ikut pengalaman ada kawan saya 2.1 pun dapat di sana. tetapi PASTIKAN kursus tersebut kursus yang jarang orang ambil. Kita kurang pilihan jadi, asal masuk U itu lebih baik k.

Saturday 15 February 2014

Program bersama Pelajar PRS

Hari ini saya bersama Prodigy Consultan, yang juga pensyarah saya En. Aziz Yatim. Kebetulan program ini sebahagian kajian beliau dan beliau ambil student PRS Diploma saya. Hebat! Banyak yang saya belajar 3 hari ini 15-18 .

Kondi-kondi cha2

Senaman koprat! wahh

Apa mereka buat ni? hehe