Friday 12 December 2014

CUTI SEMESTER

Sekarang tengah cuti sem.. Apa nak dibuat? Tengok handpohe jelah. haha. Saya kongsikan sedikit pengalaman saya bekerja. Kali pertama saya bekerja sebagai pencuci tandas, kemudian jaga counter di pawagam, kerja kuli di Tesco dan Mydin. Kemudian jadi cikgu pelatih sampai sekarang sebagai penceramah bebas. Ingatkan nak kerja juga cuti ni tambah pendapatan cuti sem namun dapat satu misi baru yang tak berapa baru..haha. Tengah menyiapkan buku saya bersama seorang Dr. Pakar dalam bidang kaunseling kerjaya. Alhamdulillah beliau percaya saya so saya cuba berikan yang terbaik sebab dari sekolah memang suka masuk pertandingan esei. Actually this is backup my plan because im know some one try menafikan hak saya in future. Nevermine, rezeki Allah luas kita carilah selagi mampu, Kalau ia berita palsu Alhamdulillah tapi kalau betul biarlah. Insyallah nantikan buku dan kajian saya akan datang!

Wednesday 3 December 2014

Tips Score 4.00 di Universiti

Salam hi adik-adik. Pe kabar? Tahniah dah bergelar mahasiswa. Amacam merasa? Best tak saimen melambak? Kuiz? Ulasan Jurnal? Forum? tak lama lagi exam pulak kan.. haha. Ini ada beberapa tips nak score cemerlang kat U. (perubahan bergantung U mana, kos apa)




1. Tahukah anda, final exam bukan penentu Gred subjek. Kerana 60% saimen dan tugasan dan final 40 % biasanya ikut lecturer. So, kena score pada tugasan dan saimen setinggi mungkin. Kalau dapat carymark 58 or 59 nak final tak payah study dah haha.

2. Penting dan amat mustahak keputusan Sem 1. Kerana dia akan tentukan dan pengaruh pointer sampai sem akhir. Kena cuba juga dapatkan 4 flat. Sebab kalau turun pun lepas ni xkan beza sangat. 

3. Pointer tak penting? Silap besar bro. Tak payah bagi alasan tapi kena usaha. First class 3.75 ke atas mustahak untuk free PTPTN.

4. Macam mana nak score saimen? Senang jer buat draft tunjuk pada lecturer. Jumpa perbaiki banyak kali sampai dia buat hati. Abang pernah cuba sampai 11 kali masa sem satu. Gilakan? tetapi berbaloi hasilnya.

5. Saya tak pandai, awak pandai. Istilah tu simpan lah. semua dah masuk u pandai belaka. Lecture nak lihat kerajinan dan kesungguhan itu yang mustahak.

6. Baik dengan pensyarah even kadang kala orang kata bodek. Bukan itu, tapi bila kita hormat, dia akan selesa dan ilmu kita berkat. Dia akan tentukan gred kita. Kalau kenal nama awak pun advance dah.

7. Duit oh duit. Ni mustahak. Simpan 1.5 K tu sebab wang pendahuluan akan ditolak tiap sem. silap-silap sem depan cuma masuk 1k-1.5k sahaja biasanya. so, beringat awal2 jangan ingat dia bagi berterusan cam tu banyak.

8. Xcukup duit? Fikirlah cara nak cukupkan. try kerja waktu cuti sem nanti persediaan susah kemudian. Percayalah, duit ni akan buat kita pening nanti.

9. Maggie? Biasa. Memang tak berhasiat tapi kalau dah xde duit inilah makanan kami.

10. Add/ Drop. Kena pastikan kita add subjek yang betul dan rancang masa. Kalau boleh seminggu kuliah 2 hari pun best cuma time ada kulaih penat sikitlah. Add banyak sikit masa muda jadi dah last year xbanyak subjek lagi nak kena amek. 

Friday 7 November 2014

Berakhirnya sebagai Kaunselor Pelatih

Alhamdulillah selesai sudah internship selama 16 minggu. Banyak tunjuk ajar saya peroleh dari Puan Noor Hayati dan Puan Norazana. Bukan senang menjadi seorang kaunselor malah saya beruntung teramat sangat berkerja dengan orang hebat. Saya akui banyak kelemahan dan kadang kala menyusahkan unit sendiri. Semoga segala ilmu ini dapat saya manfaatkan untuk masa depan. Tq kak tie, kak za dan pak uda. Love u all :-)


Saturday 1 November 2014

Program Motivasi Athlete Sekolah Sukan Pahang

Hari ini kami dijemput ke Sekolah Sukan Pahang oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling. Terima Kasih Cikgu Wee Poh Hoon dan Cikgu Johari (Papa Jo) yang percaya pada anak muda macam kami. So, kali ini agak mendebarkan buat saya kera first time ke sekolah sukan. Lain sedikit cara dan pembawakan hari ini for sure. So, Matlamatnya nak menaikan semangat atau motivasi sebagai athelete dan pelajar! Senang ke? Saya akui saya risau. Saya bukan suka berceramah dan membebel seorang. Saya akan cuba pastikan ia menusuk kalbu dan merangsang tingkah laku berkesan. Bagaimana caranya? Saya cuba perlahan-lahan masuk dalam ruang rujuk mereka. Selebihnya? Tunggu dalam buku saya hehe  

Saturday 18 October 2014

Pertemuan Yayasan Tunku Abdul Rahman

Minggu ini masih lagi sibuk, pertemuan Yayasan Tunku Abdul Rahman di KL 18 hingga 20 Oct 2014. Wahh rindunya kat korang!! Tak sangka kami penerima batch ketujuh dah jadi Super Senior! dan kali ini setelah bertahun-tahun saya dan Satish Rao menjadi penerima BTAR. Alhamdulillah...Ini mungkin last kem kami, sangat enjoy dan bersyukur kenal orang-ornag hebat yang satu masa dulu pesaing. kini kami best frenz!! Love u all haha

Ha, tu dia say & satish si monopod haha
Brain storm, history question for sure Dr. Kamal and Dr. Kriti tak mahir, so bagi cikgu ye hehe 

Coz im Happy :-)

Brainstorm pecah otak haha

Thursday 16 October 2014

Penceramah Jemputan Hayzi Consultan

Selama bermingu-minggu sibuk akhirnya dapat juga rest sebentar fokus pada Hayzi Consultancy. Dapat juga buat cop ni dah lama nak buat tak berkesempatan. Semoga ini permulaan untuk bina company yang lebih besar hehe.. Ya, bukan mudah, baru bina company ada orang dah hentam. Nama pun anak muda.. Namun, saya kan tetap berjuang dengan cara sendiri demi cinta ini haha

Friday 10 October 2014

Kem Motivasi Kecemerlangan SPM 2014


Hari ini 3 hari kem Motivasi Kecemerlangan SPdi Kem Birotatangera Negeri Perak. Sekolah saya berpraktikum SMK Bandar Behrang 2020. Motivasinya agak lewat merupakan sebahagian perancnagan unit kaunseling. Saya mendapat pembimbing Kaunselor Cemerlang Negeri Perak, Puan Noor Hayati Binti Zakaria. So, kali ini saya bersama kaunselor pelatih yang lain hanya bertindak sebagai fasilitator. Alhamdulillah banyak ilmu dipelajari sepanjang kem 3 hari. Biasanya saya memang tak buat lama, tak mampu kos mahal hehe


Sahabat yang banyak membantu saya berpraktikum. YDP MPP UPSI & YDP Keusahawanan. Saya? xde jawatan pun hehe 
Sebahagian peranan saya dalam Energizer 

Sunday 28 September 2014

Program di SMK Dong, Raub

Hari ini teman member ke Program beliau di SMK. Dong. So, saya buat sikit-sikit jelah slot tak macam biasa semua saya sapu hehe. So, menarik aktiviti yang Cikgu Halimaton buat dan saya sebagai penambah perisa sahaja. haha. Jom tengok apa yang best program hari ini untuk menjelekitkan pelajar asrama

Hari ni, dimulkan dengan senam robik.. fuuyehh!

Ha, apa tunjuk-tunjuk ni hehe
Saya ambil ice breaking, ha, buat apa tu!

Wakil pasukan memikior apa nak buat...

Saturday 27 September 2014

Program Kemahiran Belajar Efektif

Alhamdulillah dapat terus jemputan dari sekolah. Kali ni special because my friend invited me as consultan. Even she request the really hard theme 'Study Skills' i'm still accept and take it as challange. (Kalau salah grammer sory eh lama xspeaking..haha) Tq so much Mrs. Ainani Ridhwan because you believe us
  

CIkgu nani dan cikgu sarah. Cun, tapi dah berpunya haha

Friday 26 September 2014

Program Experiental Learning

Hari ini En. Moris panggil untuk kendalikan kali ketujuh program experiental learning. Seperti biasa saya dah mula kendalikan program ini seorang diri. Kalau dulu perlukan sampai 20 orang fasilitator sekarang alhamdulillah dah yakin buat seorang diri Vs 330 Mahasiswa. Ramai gila kan? haha... Dulu tak berani hatta 60 orang pun nak panggil 6 orang. Sekarang rasa boleh lagipun audiens mahasiswa. Kebetulan En. Moris suruh kongsikan pengalaman sebagai salah seorang penerima Biasiswa Yayasan Tunku Abdul Rahman, so saya promotelah kat adik-adik hehe.. By the way saya dapat idea baru, kalau pikat orang bijak pandai kena cita aras tinggi. Tapi honestly tak minat kalau cerita tentang diri kita orang akan meluat. Tu tips sayalah kendalikan progra. Kalau pengalaman diri xpe. So, tq Sir Moris dari sem 1 dia banyak tabur jasa yang tak akan aku lupakan.
Sempat ice breaking jer malam ni, esok ke Raub! yerghh!

Friday 12 September 2014

Tunku Scholars

Alhamdulillah dapat surat tawaran dari pihak biasiswa dari PPTAR ke BTAR. Mulanya, member Sathish col, kata dia dapat BTAR. For sure he deserve and i not really hoping for that one. But whwn im check it, rasa nak terlonjak-lonjok syukur sangat! Bukan mudah nak dapat satu Malaysia cuma 6 mahasiswa yang dapat dan kami kita yang ke7 dan 8. Bezanya elaun PPTAR 600 dan BTAR RM 1000 sebulan! Sekarang ditambah RM 200 total BTAR RM 1200! Berserta 8  elaun lain. Syukur sangat even ramai lagi orang lain layak dapat tapi Allah memilihku :-) Semangat makin membara! aunmmm!




Masih teringat kenangan kita bersama haha

Tuesday 2 September 2014

Perkhemahan Kokurikulum

Hari ini sekolah mengadakan kem perkhemahan dan slot ice breaking diserahkan pada saya. Alhamdulillah dah biasa kendalikan program so relax, tak payah nak kalut sangat. Tulah lecturer pesan dari dulu supaya kena selalu pergi program jadi pergi praktikum dah sedia :-)

Sesi ice breaking

Rasa dah gemuk haha

Antara orang kuat program.. hehe

Thursday 28 August 2014

Program Motivasi UPSR

Program Motivasi seminggu sebelum UPSR bersama anak didik tercinta. Maaflah last2 baru cikgu sempat buat dengan anak sendiri..hehe semoga semua dapat 5A!

Saturday 23 August 2014

Program Motivasi Menuju Puncak Siri 2

Hari ini saya bersama SK Methoist Perempuan Klang. Program ini merupakan jemputan kali kedua. Bukan nak bangga diri tapi modul hari ini sejam sebelum mula baru saya strat fikir. Alhamdulillah syukur sangat tak sangka rasa best juga (perasaan).haha. Modul 'titanic' dan dominan merungkai teori psikoanalitik Freud dalam diri murid. Semoga kamu semua cemerlang dan abang percaya adik-adik antara generasi terbaik yang pernah abang jumpa!!


Cenderhati kepada kami. Tq cikgu!

Acara kemuncak! Ni pun saya bedal jer hehe

Gambar orang penting dan tulang belakang HAYZI Consultan

Friday 22 August 2014

Program Pembangunan Akhlak dan Sahsiah

Bersama adik-adik SMK Convent Bukit Nenas. Dah lama saya nak datang,dulu dengar Johan raja lawak jer cakap nama sekolah ni. Anugerah yang Allah bagi jangan sia-siakan jer :-)

Thursday 10 July 2014

Ini kata-kata hikmah dari seorang guru yang merungkaikan beberapa petikan kata-kata motivasi dari saya dan motivator yang lain. Alhamdulillah!


Terkejut hari ini seorang cikgu Gulau Kedah menyatakan sedemikian. Tak sangkaceramah saya juga terkesan pada cikgu yang pakar dalam bidang perniagaan. Terima kasih cikgu! harap kita dapat bantu membantu antara satu sama lain!

Wednesday 9 July 2014

Program Motivasi SK Cyberjaya

Hari ini bersama adik-adik di CYBERJAYA. Guru besar menyatakan bahawa mereka pandai kerana dari anak orang-orang kaya tetapi tidak menghormati guru. So, kami diminta memberikan keinsafan pada diri mereka :-)
Wahhh happy nya dia
Ha! nak masuk 'ruang rujuk" kena berbaik-baik dengan mereka dulu

Saya bagi mereka keluarkan personaliti sebenar! 

Ha? Buat apa? modul rahsia kami! hehe

Mencarik-carik ego dalam diri mereka dengan slot rantaian kasih

Tuesday 8 July 2014

Program Putrajaya

Hari ini kami berada di Putrajaya Presin 14. Cabrannya murid-murid keluarga dari golongan kaya dan pertengahan. Terdapat jurang yang amat besar antara mereka hingga menyebabkan ada yang sanggup mencuri. Itu keluhan konsultee kami. Jadi bagaimana kami nak kendalikan slot ini?? 
Ramai kan?? 180 murid wahhh!
Setelah menjadikan mereka terkawal dengan rantaian kasih hehe


Pengarah Strategi Hayzi Consultancy

Singgah Putrajaya! Kali terakhir saya ke sini darjah 6, 11 tahun lalu hehe

Saturday 5 July 2014

Terus Kerja vs Sambung Belajar

Assalamualaikum.. lama rasanya tak update dekat 2 bulan dah kerana sibuk sangat banyak program dan ceramah jemputan. Syukur boleh juga kumpul duit nak kawin hehe.. Baiklah berbalik pada tajuk kita hari ini Terus kerja atau sambung belajar?

Pasti ramai targetnya nak kawinkan hehe

Semalam saya berjumpa dengan Kamil kawan sekelas saya tingkatan 5, kini dah menjadi pegawai di Jabatan Agama Islam walaupuun lepas SPM dia hanya sambung belajar di Marsah ambil diploma. Minggu lepas saya jumpa Zaimi, waktu di sekolah dia pemain bola wakil sekolah dan saya athlte olahraga. Apa beza kami? saya tidak fokuskan sukan sangat sebab mak tak bagi, tetapi Zaimi hidupnya setiap hari fokus pada bola sepak! Siang malam main bola dan pelajaran sudah tentu dia tidak kesahkan? 
6 tahun dulu Zaimi begini tapi sekarang??

Namun, selepas 6 tahun kami berjumpa di hadapan bank, saya amat terkejut dia sudah berjaya dengan memiliki trainer dan mendapat projek RM 500 K!!!! Saya terkejut kerana saya sendiri baru sahaja dalam proses mendapatkan projek 50K sedangkan saya belajar khusus dalam bidang psikologi! Dia tidak menyambung pelajaran pun tapi bagaimana dia lebih berjaya? Saya jumpa kawan saya sebelum ini Hasya hanya berkeja di bank dan kini ambil PJJ tetapi telah memakai Honda City! Ini membuatkan saya terfikir berbaloi ke aku ke Universiti???
Adakah besar kereta dia lagi berjaya? Bestnya!! :-)

Saya pula, hanya pelajar universiti. Cuma saya agak berbeza kerana 2 sebab sahaja dengan pelajar universiti yang lain. 1. Saya mendapat Biasiswa Tunku Abdul Rahman ( hanya 30 orang sahaja terpilih dari semua IPT). 2. Kini saya memiliki sebuah syarikat HAYZI Consultancy yang mampu menyara serba sikit hidup di Univeristi. Tetapi semua ini saya kecapi setelah berusaha keras sepanjang 3 tahun di Universiti. Bagaimana jika saya tidak ada 2 anugerah Allah ini??
Jika saya berjumpa dengan rakan-rakan lama mesti rasa malu. Di sekolah beria-ria belajar siang malam nak dapatkan 4 flat STPM. Dengan keputusan 3.92 dan masuk U, kononnya hebat tetapi tiada apa nak dibanggakan sebab??
1. Tidak ada kerja bahkan hutang PTPTN RM 28k! IPTA tu, kalau IPTS lagi banyak!
2. Tak ada gaji bulanan habuk kosong sedangkan akwan-kawan saya RM 2-3 K sebulan. Saya pernah makan kat kedai bayar guna syiling semua masa awal-awal tahun di Universiti. 
3. Kerja tiada jaminan walaupun saya Ijazah Sarjana Muda Pendidikan. Silap-silap kerja dari bawah juga!

hutang! oii pening kepala
So, Apa hebatnya masuk universiti? Apakah ukuran kerjayaan dalam hidup? Ini yang membuatkan saya berfikir bahawa TERUS KERJA juga ada kebaikannya. Saya telah bagi banyak contoh kawan-kawan saya yang berjaya! Ya jadi mengapa harus panik? Jika anda tidak mendapat tawaran ke Universiti ia bukanlah pengakhirannya hidup anda. Mungkin Allah takdirkan sesuatu yang lebih baik. Jadi apa perlu anda lakukan sekarang?? 
Orang bijak dia yang menentukan persediaan!

BERSEDIA!!

Bersedia kerja di tempat yang mungkin boleh menyelamatkan masa depan. Contoh, saya ada 2 sahabat yang dahulu kelas belakang sahaja. Kami bekerja di Tesco ketika itu saya berhenti untuk sambung belajar dan mereka terus bekerja. Apa hasilnya? Selepas 3 tahun, saya masih belajar di Universiti tiada jaminan kerja tetapi kawan saya Rashid gajinya sudah 2k sebulan telah dinaikan pangkat setelah 3 tahun bekerja. Malah Haziq kawan saya juga hanya memerlukan setahun untuk naik sebagai manager dengan gaji RM2 K. Kini dia berpindah ke butik JPO dengan gaji RM 3 k sebulan! 

Jadi apa perlu anda risau? Rezeki Allah pelbagai cara.



BAGAIMANA YANG DAPAT TAWARAN BELAJAR? TAKKAN NAK TOLAK?

Tidak semestinya. Tetapi anda harus ingat hutang PTPTN RM 28K, tiada jaminan kerja sebab sekarang persainagn cukup hebat! Dengan pointer 3.9 pun senior saya tiada jaminan posting. Apa lagi universiti bukan pendidikan? Syarikat mana nak ambil awak yang tiada pengalaman? So, ikuti langkah ini sebagai saranan saya.
  1. Mantapkan bahasa inggeris. Pastikan percakapan kita ni fasih. Sebab syarikat swasta semua cakap bahasa English!Arghhh! Saya pun tak hebat english sampai sekarang tetapi saya nak anda jangan jadi seperti saya! haha
    Eishh cam ne nak cari glfren mat salleh? haha
  2. Cari sumber duit-duit tepi. Contoh, kalau anda pandai bercakap dan memujuk rayu cubalah bisness online. Kawan saya Hanisah mampu cecah pendapatan RM 8 K hanya berniaga online. Malah di UPSI ada seorang pelajar yang telah memiliki syarikat bas sendiri! At least mampu tanggung hidup di univerisiti.
    Budak U makn ni jer jimat! tapi tak sehat huhu
  3. Berjimat cermat dalam pengurusan kewangan. Beli mengikut keperluan bukan kehendak. Bukalah akaun ASB paling kurang pinjam Rm 10 k dalam 20 tahun. Sebulan hanya RM 68 sahaja sebagai tabungan. Hujung tahun boleh kutip dividen. Ada ulama kata haram ASB, cam ne ye? Ambil jumhur Ulama yang mengatakan harus, ambil yang mudah bila perkara khilafiyah.
  4. Cari kekuatan dalam diri dan gunakan sebaik mungkin! Contoh saya sendiri, saya tahu saya daripada sekolah join debat, forum dan sebagainya jadi saya yakin membuka sebuah konsultan sendiri. Walaupun sampingan Alhamdulillah sejam sekarang saya dah boleh minta RM 100 sejam sebagai bayaran. Anda? Cari kekuatan diri. Kalau boleh memasak cuba jual kuih di Universiti Insyallah laku kak! laku tau hehe
    Rasa nak bukalah pulak! aish hehe
  5. Jaga keputusan Akademik! Jika pointer first class banyak tawaran biasiswa yang awak boleh minta sehingga RM 1000 sebulan! Nak masyuk minta dua biasiswa ada yang boleh dapat tau..hehe
    Duit bukan segalanya tetapi segalanya perlukan duit! hehe
Itu sahaja perkongsian dari saya, segala contoh saya ambil dari pengalaman saya. Mohon maaf contoh saya ambil untuk memperjelaskan isu untuk lebih difahami bukan membangga diri atau sebaliknya. Apapun pilihan di tangan anda!

Like Hayzi Consultancy untuk info berguna :
https://www.facebook.com/pages/HAYZI-Consultancy/279573562209843?ref=hl