Wednesday 3 December 2014

Tips Score 4.00 di Universiti

Salam hi adik-adik. Pe kabar? Tahniah dah bergelar mahasiswa. Amacam merasa? Best tak saimen melambak? Kuiz? Ulasan Jurnal? Forum? tak lama lagi exam pulak kan.. haha. Ini ada beberapa tips nak score cemerlang kat U. (perubahan bergantung U mana, kos apa)




1. Tahukah anda, final exam bukan penentu Gred subjek. Kerana 60% saimen dan tugasan dan final 40 % biasanya ikut lecturer. So, kena score pada tugasan dan saimen setinggi mungkin. Kalau dapat carymark 58 or 59 nak final tak payah study dah haha.

2. Penting dan amat mustahak keputusan Sem 1. Kerana dia akan tentukan dan pengaruh pointer sampai sem akhir. Kena cuba juga dapatkan 4 flat. Sebab kalau turun pun lepas ni xkan beza sangat. 

3. Pointer tak penting? Silap besar bro. Tak payah bagi alasan tapi kena usaha. First class 3.75 ke atas mustahak untuk free PTPTN.

4. Macam mana nak score saimen? Senang jer buat draft tunjuk pada lecturer. Jumpa perbaiki banyak kali sampai dia buat hati. Abang pernah cuba sampai 11 kali masa sem satu. Gilakan? tetapi berbaloi hasilnya.

5. Saya tak pandai, awak pandai. Istilah tu simpan lah. semua dah masuk u pandai belaka. Lecture nak lihat kerajinan dan kesungguhan itu yang mustahak.

6. Baik dengan pensyarah even kadang kala orang kata bodek. Bukan itu, tapi bila kita hormat, dia akan selesa dan ilmu kita berkat. Dia akan tentukan gred kita. Kalau kenal nama awak pun advance dah.

7. Duit oh duit. Ni mustahak. Simpan 1.5 K tu sebab wang pendahuluan akan ditolak tiap sem. silap-silap sem depan cuma masuk 1k-1.5k sahaja biasanya. so, beringat awal2 jangan ingat dia bagi berterusan cam tu banyak.

8. Xcukup duit? Fikirlah cara nak cukupkan. try kerja waktu cuti sem nanti persediaan susah kemudian. Percayalah, duit ni akan buat kita pening nanti.

9. Maggie? Biasa. Memang tak berhasiat tapi kalau dah xde duit inilah makanan kami.

10. Add/ Drop. Kena pastikan kita add subjek yang betul dan rancang masa. Kalau boleh seminggu kuliah 2 hari pun best cuma time ada kulaih penat sikitlah. Add banyak sikit masa muda jadi dah last year xbanyak subjek lagi nak kena amek. 

No comments:

Post a Comment