Sunday 1 December 2013

Motivator 1 Malaysia

Aummm... cak! hehe... (Asaalamualaikum)
Mohon perhatian, Cehh terbawa-bawa pulak.. Hari ini saya nak kongsikan pengalaman saya sepanjang program motivator 1 Malaysian. So, ini kali pertama saya jadi MC di Universiti khususnya buat program besar. Thanx to Persatuan Kasih bagi peluang kepada saya. So far, best jugak lah jadi MC ni sebab kita tahu dulu pemenang berbanding orang lain.hehe..

Pengajaran sepanjang program ni pada saya amat bermakna.
  1. So, far saya rasakan dalam sesuatu program amat penting kita mempunyai hubungan yang baik dan erat dengan semua ahli. Barulah semua akan memberikan yang terbaik. Saya mendengar keluhan beberapa ahli yang mengatakan sebelum ini mereka tidak dipandang oleh beberapa jawatankuasa. Ya, mungkin mereka junior tetapi mereka sebenarnya mempunyai kuasa yang amat besar. Oleh itu, amat peting berbuat baik terhadap orang lain dahulu sebelum kita meminta pertolongan mereka. Andai anda berbuat baik pada orang, insyallah mereka juga akan begitu.
    Sebahagian ahli Fervor Konsultation
  2. Saya rasa dalam dunia ini, perkenalan singkat atau lama tempoh masa bukan penghalang untuk kita mesra dengan orang lain. Apa yang perlu ialah ikhlas dalam setiap perbuatan dan saling bantu membantu antara satu sama lain.
  3. Wah happy nampak.hehe
  4. Kita perlu perihatin terhadap kebajikan ahli, kerana kerja kuat mereka.. Mereka semua bekerja secara sukarela. Justeru, kebajikan seperti makan, minum mereka perlu dijaga kerana tenaga yang disumbang amat besar maknanya. 
  5. Ahli bekerja keras
  6. Sebagai pemimpin, kita akan sentiasa dinilai oleh orang lain..So, tunjukkanlah yang terbaik.
  7. Naib Johan, ex- Presiden Psikologi
  8. Pentingnya kerja keras dalam apa jua yang ingin dilaksanakan. Kalau anda lihat orang yang paling kecil merupakan pengarah program paling banyak dugaannya. Walaupun ramai menjagka program ini sukar dilaksana, namun beliau berjaya akhirnya. Jika, pemimpin yang bijak dan cekal apa jua tidak mustahil untuk dilaksanakan
  9. VIP dalam Program
  10. Yang lebih arif dan bijak haruslah willing to share their knowledge. Saya kagum dengan insan ini yang tidak kedekut untuk berkongsi ilmu. Beliau juga merendah diri meskipun kaya dengan ilmu. Saya berharap agar saya juga dapat jadi sepertinya.

  11. Bersama Tuan Hezry Pakar Motivasi

No comments:

Post a Comment