Tuesday 29 October 2013

Kesan Modul Menuju Puncak

Dah lama rasanya tak updat blog ini.. Saya agak sibuk kebelakangan ini membantu timbalan dekan saya, Dr. Muzaffar menjalankan kajian risiko dan pelindung kegiatan penyalahgunaan dadah...So, misi saya ialah mengumpul 200 data dari pelajar UPSI untuk digabungkan dengan beberapa data dari seluruh negara bagi di bawa ke Amerika Syarikat untuk di kaji dan dibuat perbandingan. Thanx a lot pada Dr. yang sentiasa percaya pada saya dalam melaksanakan kerja-kerja yang penuh teliti..

Saya tertarik dengan satu post yang di naikkan oleh salah seorang pelajar dalam laman sosial Fb sebentar tadi..  Ha, ni saya copy paste ape yang dinyatakan..

Sebenarnya, saya menganggap post ini amat bermakna kerana ia telah menunjukkan bahawa salah satu modul dalam kursus Motivasi Menuju Puncak ini memberikan kesan kepada pelajar. Kerana, saudara Zul Hilmi ini masih ingat bait-bait penceritaan saya. Yang sebenarnya modul ini bukanlah dalam perancangan saya, namun modul berkongsi pengalaman ini sebenarnya lebih dekat dengan para pelajar kerana kami berkongsi cerita yang sama, perasaan yang sama dan impian yang sama meskipun saya telah jauh meninggalkan alam pra universiti. Saya faham dengan rasa inferiority mereka, dan sebagai orang yang pernah melaluinya dan berjaya menjejakan kaki ke universiti, saya rasakan sayalah yang patut meniupkan semangat buat mereka...

Setiap kali anda malas belajar wahai adik-adik, ingatlah pesan saya :
"bayangkan rakan-rakan anda telah naik ke dalam bas, sambil melambaikan tangan pada anda. Mereka akan mendaftar ke Universiti sedangkan anda tinggal sendirian"

Cuba selami, cuba bayangkan perasaan anda ketika itu! Sedihh.. lagi memilukan..

Oleh itu, buat lah sesuatu untuk diri anda! lakukan yang terbaik untuk baki beberapa hari lagi!
Semoga Allah memudahkan hajat anda, saya tunggu anda di menara gading :-)









No comments:

Post a Comment