Friday 15 November 2013

Mahluk pada cermin

Pernah tengok rancangan seekers? Kalau pernah sudah pati anda tahu mengenai pencarian inteti paranormal atau senang cerita hantu! pasti seram bila anda menyaksikannya. Adakah rancangan ini sekadar dibuat-buat? Sudah pasti tidak. mengapa? Kerana saya pernah menemui mahluk-mahluk ghaib ini sejak saya memasuki asrama ketika tingkatan satu.... Jom ikuti pengalaman saya yang tak pernah saya lupakan...
Setiap hari rabu jam 8.30 malam


Pengalaman ini bermula ketika saya tingkatan satu. Kami sekolah pada sesi petang jadi setiap pkul 1 semua orang sudah meninggalkan asrama. Pada waktu itu, saya dan Kamil sahaja yang tinggal. Kamil minta saya ikatkan tali lehernya. Namun, saya bergegas ke tandas kerana ingin membasuh muka. Tandas berada dihujung, block bawah yang mana block bawah tiada penghuni kerana hanya menempatkan library dan pentadbiran asrama. Kamil menjerit "Haziq! cepat lah sikit!".. saya dari bawah geram lalu memakinya "sabarlah booxxx". (Budak-budak biasalah)...

Ketika membasuh muka saya lihat wajah saya pada cermin...
Keadaanya sama seperti ini, namun cermin tersebut besar saya hanya lihat bahagian badan
Saya terpaku kerana saya lihat bukan wajah saya, sebaliknya lembaga hitam! Seolah-olah perempuan memakai baju lengan panjang dengan ada jalur pada baju tersebut.. Saya terkelu! Hampir sepuluh saat saya mendiamkan diri. Saya terkejut dan tak terduga saya akan bertemu dengan mahluk ini. Saya tidak berani memandang wajahnya. Saya terlalu takut dan saya lari sekuat hati naik ke tingkata atas... Kamil bertanya mengapa saya diamkan sahaja... Itulah pengalaman saya yang kemudiannya membawa beberapa episod pertemuan...

Sebelum ini ada beberapa kisah dongeng dari pelajar senior ada pelajar terjumpa dan dia meninggalkan sikat sebagai hadiah. Namun, tidak pasti kebenrannya tetapi saya pula yang terserempak! Sejak itu, hampir setiap hari saya mula berjumpa dengan peristiwa pelik. Ketikan jam 5.30 pagi saya dan Hasya sering bagun awal untuk mandi bersiap ke sekolah Agama. Ketika mandi, memang kami berdua sahaja yang bagun dahulu kerana dorm kami bersebelahan dengan tandas. Tetapi, setiap kali mandi saya akan paling lewat. Kerana saya dengar air masih berbunyi namun sebenarnya Hasya telah lama bersiap. Sampaikan saya pulang ke dorm dia sudah siap memakai baju. "Hasya, bukan kau baru keluar ke?".. Hasya pelik kerana dia dah lama meninggalkan bilik mandi. Jadi kenapa saya masih dengar bunyi air bilik mandinya?? Persoalan tak taerjawab hingga kini.

Minggu tersebut merupakan minggu cuti dan kami dibenarkan pulang ke rumah. Saya cuba lupakan semua peristiwa dengan mahluk tersebut. Namun, bila dirumah saya mula hairan kerana setiap kali baby yang mak jaga akan menangis melihat saya. Kenapa?? Saya tak pegang, malah hanya lihat sahaja. Kadangkala mak marah dengan saya. Kerana dia terpaksa menenangkan baby tersebut dan menyukarkan rutin hariannya...
Bayi suci dari dosa mampu melihat mahluk ghaib
Kemuncak pada persoalan saya terjawab ketika saya hendak solat Zuhur di dalam bilik. Saya tidak menutup pintu bilik rapat. Maklumlah, saya masih takot... Ketika saya solat, saya rasakan ada sesuatu melihat saya.. (ketika saya taip ini bulu roma saya meremang!)... Dalam hati memang tak khusyuk! Saya teruskan sahaja namun saya ingin sangat melihat. Akhirnya saya cepat-cepat toleh pada ruang pintu terbuka!!!! Saya dapat lihat sendiri ada makhluk bermuka hodoh! Wajahnya seakan manusia namun wajahnya menggerutu seperti orang berjerawat malah lebih teruk! Hidungnya memang besar dan rambutnya kusut masai dan jarang-jarang berwarna keperang-perangan. Terpaku melihat wajah hodoh depan mata saya.. Saya terdiam hinggalah ia menghilangkan diri.
wajahnya, tidak berparut tapi hampir begini. Rambutnya perang dan jarang-jarang. Hanya ini yang mirip. Bayangkan perasaan anda??

Saya kemudiannya keluar rupanya tiada orang dirumah kerana mereka ke rumah nenek yang terletak di rumah mak. Saya tercengang dan saya berlari ke rumah nenek. Saya tanya siapa ada di rumah tadi? Semua tiada ke sana. Mereka hairan mengapa? Saya kelihatan panik. Saya ceritakan hal tersebut pada keluarga.
Kemudian, mereka membawa keputusan berjumpa dengan seorang yang mahir. Dakwa, pak cik tersebut ketika beliau sedang membacakan Yasin untuk saya, air tersebut berbau harum. Mahluk ini ikut saya dari asrama pulang ke rumah. Wajahnya sebenarnya cantik dalam dunianya, namun hodoh dalam alam manusia... Mahluk tersebut diusir namun sejak peristiwa ini banyak lagi mahluk yang saya boleh lihat. Malah, sampai satu tahap saya boleh meminta bayangan soalan yang akan keluar dalam peperiksaan dan kebetulan sama! Saya juga boleh membayangkan sesorang yang disebutkan sahaja namanya tapi saya boleh lihat bagaimana dirinya... ikuti kisah berikutnya kemudian. 

No comments:

Post a Comment