Sunday 3 November 2013

ANUGERAH PERKAMA

Hari ini saya agak bosan kerana semua tugasan telah selesai dan Alhamdulillah target saya menjadi kenyataan... So, di sebabkan itu, saya bercadang nak berkongsi pengalaman terhebat dalam hidup saya (hebat ke? erkkk hehe)...

Berita Harian 10 Jun : Saya di sebelah kiri sekali bersama penerima yang lain
Baiklah, pada tanggal 10 JUN 2013, saya telah menerima Anugerah terbesar dalam hidup saya. Saya telah diberikan Anugerah dari PERKAMA, Persatuan Kaunselor Malaysia. Anugerah ini telah diberikan kepada 8 orang Mahasiswa yang terdiri dari pelbagai Universiti yang menawarkan kursus bimbingan dan kaunseling. Untuk pengetahuan semua, Anugerah ini telah diberikan kepada mereka yang berada di semester akhir yang mempunyai rekod akademik yang baik serta aktif dalam kegiatan kokurikulum di Universiti. Penilaian juga dibuat oleh juri bukanlah calang-calang kerana peserta perlu mempunyai beberapa pencapaian yang baik di samping mempunyai penulisan ilmiah... (Erkk rasa tak layak)
  
Sebenarnya, saya langsung tidak mengetahui akan kewujudan Anugerah ini. Pada satu pagi saya telah dipanggil oleh Timbalan Dekan dan juga Ketua Jabatan FPPM. Mereka menyarankan saya menghantar penyertaan dan mereka amat berharap agar saya dapat meneruskan legasi, kerana sebelum ini senior saya Saudara Kudri turut meraih anugerah sama. Pada mulanya, saya menolak, maklumlah syarat macam-macam perlu ada penulisan, anugerah di peringkat universiti dan yang paling buat saya putus asa ialah wajib semester 8! Saya baru semester 4 ketika itu..Saya rasa, memang saya takkan layak ditambah pula perlu medaftar sebagai ahli PERKAMA terlebih dahulu dengan yuran RM 30.00. Ketika itu, saya da RM 50 sahaja duit lebih, yang lain semua dah budget untuk ape- Elak tak makan jer..huhu

Tapi selepas didorang oleh Timbalan Dekan, Dr. Muzafar saya hantar sahaja semua sijil yang memang saya dah buat soft copy. Ada lebih kurang 60 keping redha jer.. Pada masa tu, penat juga saya fikir apa pencapaian terbaik saya. Saya pertaruhkan pingat Perak acara 4X100M, Emas Sparing Taekwondo SUPER UPSI individu dan Gangsa Kumpulan sebagai pencapian koko terbaik. Kemudian, saya nyatakan Anugerah khas yang saya ada ialah satu-satunya pelajar kaunseling dan psikologi yang menerima Biasiswa Tunku Adbul Rahman. Sementara, penulisan saya tak mampu buat buku dan kebetulan banyak penulisan saya di Scribd . Pada masa ni, barulah saya rasa kesal kerana banyak program besar yang saya tolak sebelum ni.. Kalau disekolah dahulu saya banyak aktiviti koko ni, tapi kat U saya hadkan.. Timbul juga lah rasa nyesal hehe..so, jgn ikut mcam saya ye...

Tak sangka seminggu kemudian, En. Fathul dari JPA col yang menyatakan saya dapat anugerah ini. Tapi pada 10 Jun juga saya ada final exam paper 4 kredit! Mulanya saya tak nak pergi tapi dengar Menteri Pembagunan Wanita yang sampaikan, saya jadi berbelah bagi.. Saya ambil keputusan untuk pergi tapi memang pasti jalan KL saya tak pandai! Saya menginap di rumah mak ngah dan malam tu pak ngah tunjukkan arahnya. Kena gerak awal pagi takut jalan jemmmmm..

Pukul 6.30 pagi saya dah gerak dari selayang, tapi tersesat pulak dan patah balik tempat asal saya keluar! OH my godd! Penat saya pusing-pusing, nak elak motor punya hal jadi sesat. Saya dah giveup jugak, tapi mujur pak ngah col dia tanya kat mana. Terkejut Gorila dia bila saya terpatah balik. Mujur tiba-tiba sempang yang saya masuk terus ke tempat anugerah.. Huhh selamat.. Namun, ketika ini baru saya sedar saya tak bawa stokin..hehe.. Tuhan jelah tahu betapa susahnya hari ini. Saya cuba lekatkan seletep dekat kaki, tapi payah nak berjalan. Baru nak buat ala-ala stokin..hehe.. Bila bukak bulu kaki pula yang tercabut hehe.. Kalutnya masa ni..

Namun, dah masuk dewan saya terkejut tengok semua orang tua..erkk saya je ke budak?? Saya col Prof Madya Jazimin dan beliau memang orang kuat PERKAMA. Beliau kata, ada anugerah tapi mungkin last sekali. Saya ingat nak balik je kalau tak de sebab saya exam sebentar lagi! Tak baca apa-apa lagi! Huhhh hari yang sungguh kalut! Saya cuba baca sikit-sikit sambil dengar ceramah soal kaunseling di Malaysia dan Indonesia. Kemudian, pegawai panggil kami yang akan menerima anugerah. Ketika naik ke pentas penuh dengan kamera yang ambil gambar kami dan Dato' Rohani. Saya mengerlingkan mata ke arah Prof Madya Jazimin dan dia tunjuk isyarat GOOD! kembang rasa bila orang paling kita hormati buat begitu pada kita..lupa dah kejap lagi nak exam...hehe

Selesai majlis, wartawan Berita Harian nak interview 3 orang dari kami dan saya turut terpilih. Dah nak exam lagi sejam tapi saya layankan jelah asal masuk paper (dalam hati..hehe). Kemudian saya terus memecut dari KL ke Tg. Malim sebab nak exam dah. Nasib lah saya redha jer dapat gred apepun subjek ni. Saya sampai dewan orang dah 15 minit menjawab. Mujur objektif saya hentam sahaje..hehe..Mujur last-last dapat A jugak..nasib badan.. Tu jelah pengalaman terhebat saya. Kalut dan amat serabut hehe.. tapi ia merupakan hari bahagia buat saya.. Mungkin anda punyai pengalaman jauh lebih hebat dari saya.. Sekian, Wssalam


Sijil pengiktirafan dan keahlian PERKAMA seumur hidup- Duit xde hehe ramai tanya

No comments:

Post a Comment