Wednesday 6 November 2013

Hireraki Keperluan Maslow

Baiklah hari ini saya ingin berkongsi sedikit ilmu kaunseling berkaitan hireraki keperluan Maslow.. 
Sebenarnya saya ingin berkongsi TIPS menjawab soalan pengajian Am STPM, namun buku-buku semua ada di kampung, saya takut jika ada part terlupa ia akan menjejaskan fakta. Maka saya kongsikan sedikit tips ini supaya ia membolehkan anda membuat pilihan dalam hidup.

Teori Hireraiki Maslow, bermula dari bawah


Pak Cik Maslow
Konsep ini telah diperkenalkan oleh Abraham Maslow berdasarkan hireraki keperluan manusia. Hireraki keperluan ini bukanlah sesuatu yang statik tetapi sentiasa berubah-ubah mengikut keadaan. Menurut Maslow manusia sering bermasalah apabila dia melompat pada satu tahap sebelum waktunya. Pada mulanya, anda baca kata-kata ini mungkin anda rasa ini ialah teori barat sahaja, tapi saya akan cuba huraikan untuk anda faham apa yang dikatakan oleh Maslow mengikut pemahaman saya...


Baiklah, lihat pada carta diatas, keperluan paling utama ialah dibahagian bawah iaitu keperluan asas. Keperluan asas ini paling utama dalam hidup. Percaya atau tidak kita tidak akan berganjak ke keperluan lain sebelum kita memenuhi keperluan ini. Antara keperluan ini ialah makan, minum, buang air, bernafas dan perkara yang wajib ada untuk seseorang terus hidup. Contoh, jika anda sedang berbual dan rakan anda memuji anda. Tetapi pada masa yang sama anda ingin 'membuang hajat", adakah anda kan duduk mendengar pujian? atau terus ke bilik air? Kalau ya jawapannya..mungkin selepas itu ada masalah nak bersihkan kawasan sekitar..hehe. Agak geli tapi anda faham bukan?


Baby menangis nak sesuatu
Melangkah keperluan kedua berkaitan keselamatan merangkumi pakaian, tempat tinggal dan perlindungan. Jika anda ada baby, atau adik masih baby.. Biasanya baby akan menangis bila lapar. Ini menunjukkan pada ketika itu keperluan utama ialah keperluan asas iaitu makanan. Namun, bila sudah makan, katakan lah jiran anda dukungnya. Dia menangis.. Itu menunjukkan rasa keselamatan itu tiada padanya kerana dia tak kenal orang lain selain ibunya. Bayi sendiri dapat membuktikan keperluan ini ada.
Sweet Couple
Setelah lengkap, barulah kita melangkah ke tahap kasih sayang. Berkasih sayang ini merangkumi keperluan asas manusia ingin disayangi dan dipunyai. Jika merujuk pada teori pilihan ia dikenali sebagai salah satu keperluan utama manusia iaitu love and belonging. Siapa yang tidak ingin disayangi? tidak ada! Jika ada sekalipun hanya sekadar dibibir. Setiap dari kita ingin sayang menyayang namun sering kali timbul isu sudah cukup ke keperluan asas kita? Contoh, situasi pelajar bercinta di sekolah namun   dihalang keluarga kerana duitpun mak bapa bagi. Benar bukan? Tetapi saya pulangkan pada anda. Jika anda rasakan anda sudah mampu memenuhi keperluan asas tidak salah untuk anda meneruskan keperluan ini. Tetapi jika anda belum mampu penuhi keperluan asas adakah ia wajar? Pilihan di tangan anda. Saya mengangkat teori pilihan sebagai pegangan, percaya anda lebih tahu apa yang terbaik untuk diri anda. Namun, waspada kadangkala anda hanya akan sedar pilihan itu tepat atau tidak setelah mengalami proses dalam kehidupan.

Nak hadiah ke? hehe
Kemudian barulah kita melangkah keperluan penghargaan diri. Siapa kata kita tidak mahu dihargai? Semua manusia inginkan cuma ego kita yang memendamkannya. Bila kita sudah di sayangi maka kita ingin dihargai. Contoh, kita tahu rakan kita sayang akan kita. Kemudian dia memberikan pula hadiah pada hari lahir kita! Apa perasaan kita pada masa itu? Sudah pasti rasa amat dihargai. Bagaimana rasa dihargai ini wujud? Cukup mudah dengan pujian yang ikhlas dan kadang kala dengan ucapan terima kasih sahaja. Contoh, saya sendiri apabila orang bertanya pendapat, dan saya lontarkan pendapat saya. Kemudian, orang yang bertanya katakan terima kasih banyak-banyak.. Bagi saya sudah cukup dan rasa dihargai. Rasa dihargai ini mudah, iaitu anda rasa kewujudan anda "bermakna". Bagaimana dengan anda? anda juga pasti sedar ia dalam hidup anda.

Akhir sekali barulah kita ke tahap terakhir iaitu konsep Kesempurnaan kendiri. Biasanya, kita akan mencapai tahap ini pada usia 40 tahun ke atas. Ketika ini kita ada kerjaya yang membolehkan kita berbelanja untuk keperluan asas, dah beli rumah untuk keselamatan kita, dah ada anak isteri sebagai teman, ada pangkat dalam kerja (gaji stabil) barulah melangkah mencari kesempurnaan. Biasanya orang "tua" akan berhajat menunaikan Haji di Makkah. Ini juga boleh dikatakan sebagai kesempurnaan kendiri iaitu sempurna menunaikan rukun Islam. Benar atau tidak? Insyallah kita semua akan mengalaminya...

Berdasarkan huraian yang panjang berjela, saya harap anda faham hireraki keperluan anda. Untuk membuat pilihan terserah pada anda kerana ada lebih tahu keadaan diri anda. Jika kita bermasalah, cuba semak adakah kita melangkah salah satu hireraki keperluan? Hidup di tangan anda, dan hidup tidak memilih juga bermakna, anda telah "memilih" untuk tidak memilih. 





2 comments: