Friday 8 November 2013

Strategi Menghadapi STPM

Semalam saya ada membaca sebuah buku yang bertajuk "What to do when theres too much to do" karya seorang CEO sebuah syarikat di Eropah laura stack. Apa yang menarik perhatian saya, dalam buku ini terdapat satu model yang dikemukakan mirip dengan satu idea yang saya fikirkan ketika hendak menghadapi STPM. So, saya rasa tergerak untuk berkogsi dengan anda..

Cuba baca, khususnya nak jadi peniaga berjaya 



Sepanjang sejarah saya bersekolah selama tujuh tahun, saya mendapati terdapat beberapa kesilapan pelajar dalam menghadapi peperiksaan. Peperiksaan sebenarnya umpama sebuah medan peperangan. Oleh itu, beberapa strategi perlu dipersiapkan sebelum menghadapi peperiksaan. Pada calon STPM ingat bahawa inilah peperiksaan hidup mati anda.


1. Meletakkan Target/ Matlamat
Setiap hari ke skolah, saya dapat lihat ramai yang pergi sekolah hanya memenuhi rutin harian sahaja. Tergelak-gelak, bergosip dan mengumpat perkara biasa yang dilakukan di sekolah. Malah, ada yang datang ke sekolah untuk tidur.. Nak tidur pergi lah balik.. So, mengapa ini berlaku? sebabnya mudah sahaja kerana mereka tidak ada matlamat yang jelas. Ramai pelajar hanya ada cita-cita atau harapan yang diletakkan sekadar harapan. Ketika itu, saya meletakkan target yang sangat jelas, realistik dan saya cuba untuk mencapainya. Saya meletakkan target saya 4.00! Tinggi bukan? Ya, kerana sekiranya saya tidak dapat mencapai target saya, sekurang-kurangnya saya masih dapat target kedua iaitu memasuki Univeristi. Namun, ramai pelajar yang takut untuk meletakkan target. Macam tak penting jer- macam tak penting jer...

Anda silap! sebenarnya target ini perlu di setkan dalam minda anda kerana mengikut teori pilihan, pemikiran umpama stering yang mengawal total behaviours anda. Jika anda letakkan target atau matlamat, anda akan bergerak memenuhi matlamat tersebut.  Contoh mudah, cuba anda berdiri dengan memegang gayung. Kemudian tuangkan air tersebut ke dalam botol mineral. Buat 2 cara, pertama dengan agak-agak sahaja dan kedua buat dengan betul-betul fokus untuk memasukkan air dalam botol tersebut. Anda akan lihat perbezaannya. Jika anda fokus pada target anda, pasti air tersebut boleh masuk dengan betul pada tempatnya. Ketika itu, anda akan mengawal tangan anda, supaya ia mempengaruhi pergerakkan air agar tidak terlalu deras. Ini menunjukkan pemikiran anda mampu mengawal tingkah laku keseluruhan anda kerana, otak, mata, tangan dan tubuh anda akan cuba fokuskan pada satu tempat.


Oleh itu, cuba adaptasikan dalam pembelajaran anda, dengan setkan terlebih dahulu berapa target anda dan pastikan ia realistik. Bagaimana hendak letak target yang realistik?? Lihat keputusan anda dalam tiga siri peperiksaan. Menurut padangan saya, ada 5 tahap target jika berdasarkan PNGK.


Tahap 5 dibawah sekali, tahap menguasai hampir semua pelajaran

Jika selama 3 kali ujian, anda berada pada tahap ke ke-3 iaitu, 2.00-2.99 anda boleh target untu tahap ke-4 iaitu 3.00-3.69. Tahap ini baru dinamakan realistik iaitu tidak melompat terlalu jauh. Jika anda berada pada 1 iaitu 0-0.99 tetapi matlamatnya tahap 5 3.7-4.00 ia bukan tahap realistik dan sukar dicapai.


 Bersambung...

3 comments:

  1. Replies
    1. yup, tq iranur sudi berkunjung ke blog ini, ikuti sambungannya ye :-)

      Delete
  2. Terima kasih untuk perkongsian ni membantu sangat ii

    ReplyDelete