Saturday 23 November 2013

Program Paling Bermakna

Hari ini saya ingin berkongsikan pengalaman yang amat WOW! (pinjam ayat cik Aziz Yatim ye..hehe) dalam hidup saya. Kali ini, Encik Anuar pensyarah saya memberikan peluang kepada saya dengan cadangan sahabat saya, saudara Hanizam Idris untuk mengendalikan program pembangunan sahsiah. Apa yang menarik sangat? Menariknya bukan program ini (sebab kami dah biasa), tetapi sebab 3++ lebih peserta terdiri daripada mereka dari luar negara seperti Namibia (80 peserta), Kazhtan dan Thailand. Nak atau tidak terpaksa kami gunakan bahasa Inggeris dan saya akui kami memang kurang hebat untuk mengendalikan dalam bahasa Inggeris. Tambahan pula, ramai dalam kalangan mereka ialah pelajar jurusan TESL. Oh my english hehe..
Ice breaking yang dimodifikasi
Sepanjang progran ini berlangsung, saya pada awalnya ditugaskan mengendalikan sesi ice breaking. Sebelum program ini saya rasa amat ragu-ragu dan curiga khususnya pelajar Namibia. Saya tahu fizikal mereka dan kerana mereka turut terlibat sebagai pemain bola sepak UPSI (saya amek ko je bola hehe). Saya risau boleh ke percaya mereka dalam kumpulan ramai dengan pelajar perempuan. Timbul stigma risau mereka melakukan sesuatu yang tidak baik maklumlah dalam tv selalu paparkan jenayah dilakukan warga Afrika. Namun, saya silap!!!! Teranyata mereka bagus orangnya, datang awal waktu program dan enjoy dalam program. Jadi saya menggunakan strategi cuba membina sekuat mungkin hubungan dan cuba buat mereka rasa dihargai. Saya cuba pergi berbual dengan mereka secara indivvidu dan memberikan slot khas buat mereka. 

Alhamdulillah mereka amat supportive lebih dari pelajar bangsa saya sendiri. Mereka begitu bersemangat dan komited dalam banyak aktiviti yang dilakukan. Mereka amat gembira dan amat teruja kerana belum pernah mengadakan kursus begini. Mereka juga amat menghormati fasilitator dan mesra jauh berbeza dengan pelajar kita yang bagi saya agak sombong (sesetengah sahaja), kerana rasa mereka mampu bertutur dalam English dengan lebih baik. Namun, ada juga yang ramah menyapa dan membantu.

Tapi secara kesuluruhan program ini paling berjaya kerana dana dapat dikumpul sebanyak RM 1, 825 merupakan satu rekod baru! Kami akan dermakan pada anak yatim hasil usaha mereka. Saya amat gembira kerana berpeluang mengendalikan program ini. Saya juga belajar sesuatu yang amat penting iaitu menghargai setiap fasilitator yang saling melengkapi. Contohnya, Saudara Hanizam mampu melaksanakan Enegizer dan senaman robik dengan amat mempersona dan saya memang tidak mampu uruskan hal ini. Berlatih seratus tahun pun saya rasa saya tidak akan mahir. Beberapa rakan juga begitu komited sekali seperti fatin, nani, hidayah, wani , maton, agata dan v sejak awal program. Malahan ada rakan yang sibuk juga sempat hadir seperti tam, akim, efa dan fauzi walaupun mereka ada tanggungjawab lain. 

Wani luar ganas tapi hati comel hehe

Fatin dan nani penuh komitmen. Efa tq gambar ni ye hehe

Abg gebu rakan aksi pelajar Nabimia yang begitu bersemngat. Terbaik!!

Walau bagaimanapun, saya terkilan dengan beberapa isu silang budaya yang munkin tak kami sedar.
1. Wujud rasa kami melebihkan pelajar luar. 
Mereka rasa kami sediakan bas- walhal mereka duduk jauh ditaman bahtera namun pelajar kita ingat kita lebihkan mereka.
2. Makanan berbeza- kami terpaksa memberikan roti sebab mereka ada yang tak makan mee! Tapi pelajar kita ingat mereka makan sedap
3. Isu pelajar luar negara dapat sudu. Saya amat terkilan kerana seorang pelajar kata pelajar luar dapat sudu sedangkan dia guna cebisan polistrin. walahal kami pinjamkan sudu kami sebagai fasilitator. Mereka tidak minta pada kami malahan memerli bila kami hulurkan sudu. 
4. Mungkin ada rasa yang tersisih. Bukan kami berniat begitu. Mungkin sukar menjaga hati semua pihak. Saya jelaskan pada akhir program bukan kami nak 'melebihkan' cuma kita patut bersyukur kerana mereka memilih UPSI sebagai gedung ilmu. Tak salah rasanya berikan mereka sedikit perhatian supaya mereka rasa dihargai. Cerita kebaikan orang kita 'orang MALAYSIA' ini akan dijaja bila mereka balik ke negara mereka kelak. 

Inilah pengalaman yang paling tidak dapat saya lupakan meskipun banyak program yang saya telah lalui kerana ia unik dengan isu pelbagai budaya. Saya sedar banyak yang perlu diperbaiki dan berkongsi kelebihan dan kekurangan dengan insan lain amat perlu untuk memperbaiki diri sari semasa ke semasa. Sekian... 

No comments:

Post a Comment