Wednesday 20 November 2013

Kerja last minit!

Sebenarnya saya agak malas nak sambung perkongsian, sebab banyak kritikan yang saya terima. Saya boleh terima kritikan namun, kadang-kadang saya rasa tak selesa bila ada orang yang mengkritik lebih tapi dia sendiri tak melakukan apa-apa... Namun setelah mendapat semangat dari seseorang yang saya kagumi, saya sambung untuk anda semua.. hehe. Pernahkah anda buat kerja last minit? Ape perasaan anda? Gambar dibawah mungkin menerangkan bagaimana anda ketika itu. Jom lihat..
Last minit punya hal..yearghh haha
Sering kali saya dengar akhir semester orang akan mengadu :

  • Saya tak cukup tidur!
  • Kerja Banyak sangat!
  • Saya rasa dah tak tahan!
  • Dan macam-mcam lagi lah




Salah siapa?

Justeru saya ingin membawa anda fikirkan  bagaiamana untuk mengubah tabiat ini. Kerana apa? Sebenarnya ia terhasil dari sikap anda sendiri. Anda tidak percaya? Kemanakah 24 jam yang tuhan berikan pada anda? Mengapa orang lain mampu sedangkan anda tidak? Lihat gambar di bawah adakah masa anda dihabiskan dengan perkara ini? Fikirkan...

Hang nak taw? meh cek habaq
24 Jam Fb?
Movie mana nak tengok ek?

Novel

So, apa perkara yang anda perlu buat? Mari kita cuba mengubah diri untu kebaikan bersama. Pada yang tidak bersetuju teruskan dengan sikap anda. Saya hanya cuba membantu individu yang ingin berubah (bukan marah tau hehe)


  1. Buat rangka matlamat anda pada satu Planner. Sekarang ni banyak jenis planer yang ada dikedai-kedai... Planner dalam format ikut bulan. Kalau xde tulis kat kalender anda dah cukup. Perlu ada 3 perkara iaitu Terima : (untuk rekod bila anda terima tugasan tu), Hantar (Bila kena submit), Laksana( bila anda nak buat)
  2. Then buat pula rangka kerja bagi tugasan yang berformat penuliasan. Biasanya di Universiti perkara wajb ada dalam penulisan ialah:
     
  3. Minta rakan yang baik dengan anda, atau suami, isteri, jiran dan sesiapa yang rapat ingatkan anda soal kerja anda bila anda leka. Mungkin pada awalnya anda akan stress tetapi mereka akan membantu anda membina attitude diri anda. Ingat amanah anda sebagai pelajar harus dijaga
  4. Cuba disiplinkan diri dengan perancangan yang telah anda lakukan. Jika ada urusan mustahak anda perlu gantikanya dengan yang lain
Sekian sahaja perkongsian dari saya. Untuk makluman pembaca saya buat tips dan tutoriul darin pengalaman saya saya sendiri. Alhamdulillah tiap semester minggu ketujuh atau 8 saya dah siap semua kerja.. tu pun kalau tak ditambah kemudian oleh pensyarah. Semoga anda yang rasakan ia membantu, boleh laksanakan tq. 

No comments:

Post a Comment