Thursday 21 November 2013

Perbaiki Kelemahan

Hari ini salah satu hari yang bertuah kerana saya mendapat seorang lagi klien untuk kaunseling individu. Secara keseluruhan saya dah buat 5 sesi individu dan 2 sesi kelompok sejak menerima latihan. Saya hanya berkongsi refleksi saya dengan anda dan ia tidak berkaitan hal dalam sesi (etika kerahsiaan). Sebenarnya, kita tidak akan lihat kelemhan diri kita melainkan orang lain yang lihat. Begitulah hidup ini sering kali kita akan belajar dari kesilapan yang lalu. 
Sesi individu
Saya rasa bersyukur kerana saya jumpa dengan ramai orang hebat di sekeliling saya kerana mereka ini mempunyai keupayaan yang pelbagai. Malah, mereka dengan rendah diri saggup berkongsi dengan orang lain meskipun tidak kenal. Saya percaya mereka mampu menguruskan kehidupan dengan lebih baik kerana kebolehan dan bakat yang mereka ada.

Cuma apa yang berlaku, kadangkala ada orang yang kurang hebat yang jarang ingin pendapat orang lain dan terus membangkang tanpa cuba menerima. Pengajaran yang cukup berguna buat diri saya, bahawa orang hebat akan sentiasa tunduk memperbaiki kelemahan diri, sementara orang kurang hebat akan terus menolak cadangan orang lain. Ada juga yang hanya tahu mengutuk dan terus mengeji orang lain namun dia sendiri tidak membuat apa-apa. Semua ini menjadikan manusia unik dan menyebabkan saya percaya bahawa setiap individu ada dunia tersendiri. Bagaimana dengan anda? Pasti anda juga ada dunia anda. Apa yang perlu ialah sentiasa cuba perbaiki dari semasa ke semasa dan jangan malu berjumpa dengan kaunselor untuk mendapat 'celik akal' kerana anda mampu mengubah hidup anda sendiri. 



No comments:

Post a Comment