Wednesday 13 November 2013

Biasiswa Tunku Abdul Rahman

Saban hari kita nak hidup, memerlukan duit untuk berbelanja. Namun, tahukah anda akdemik sebenarnya mampu menyara hidup anda? Nampak pelik, tapi sebenarnya ia perkara biasa jika sebab dengan adanya biasiswa. Baiklah, dalam negara kita ada pelbagai jenis biasiswa yang ditawarkan dan anda boleh lihat dalam slide ceramah saya ini Nak 4A. Ramai yang mampu bagi link untuk biasiswa yang ada, namun tidak ramai yang tahu bagaimana prosesnya bukan? Jadi, saya akan berkongsi bagaimana proses pemilihan Biasiswa Tunku Abdul Rahman kerana saya merupakan salah seorang penerima biasiswa ini.

Lambang YTAR
Yayasan Tunku Abdul Rahman merupakan yayasan yang memberikan tajaan kepada para pelajar yang mempunyai rekod yang baik dalam peperiksaan dan aktif dalam kokurikulum. Anda boleh baca segala info berkaitan yayasan ini pada link ini Yayasan TAR. Namun, anda perlu tahu bukan mudah untuk memperoleh biasiswa ini kerana kebanyakan mereka yang merima WAJIB memdapat PNGK 3.75 dan ke atas. Selesai sahaja STPM anda boleh memohon dengan yayasan dan ambilan akan di update di pada link yang saya berikan. 
 
Biasanya, satu universiti hanya akan ada 3 orang sahaja yang akan terpilih. Namun, kota tidak ditetapkan secara khusus. Biasiswa ini sekarang telah dibahagikan kepada 2 iaitu :
BTAR : Elaun bulanan RM 1000 beserta 8 elaun lain
PPTAR : Elaun bulanan RM 600 sebulan tanpa elaun lain namun yuran dibayar oleh yayasan

Pemilihan penerima biasiswa ini ada 3 proses yang perlu dialami.

Pertama : 
Anda perlu isikan borang terlebih dahulu dan download. Kemudian serahkan bersama sijil-sijil anda yang telah di SAHKAN. Hantar sebanyak mungkin sijil anda kerana mereka amat menekankan aktif dalam kokurikulum. Saya sendiri hantar hampir 50 Keping dan dibinding bagi kemas. Kalau boleh serta resume dihadapan baru nampak profesional.


Kedua :
Anda yang terpilih (bukan terus dapat), akan menyertai kem pemilihan. Biasanya dalam 100 orang sahaja akan dipilih. Daripada kem ini, anda akan dibagikan kepada beberapa kumpulan dan 2 orang peserta terbaik dalam setiap kumpulan akan dipilih untuk meneruskan perjuangan! Untuk pengetahuan anda sepanjang kem ini ia berlangsung dalam Bahasa Inggeris. Anda akan diuji juga melalui ujian psikologi oleh pasukan khas, yang pernah memilih angkasawan Malaysia dan beberapa aktiviti juga akan dilaksanakan bagi melihat sejauh mana bakat anda. Disamping itu akan ada satu part untuk anda menyelesaikan tugasan yang diberikan. Pendek kata, otak anda akan sentiasa berfikir dan kebolehan anda diuji.
Kumpulan kami sewaktu pemilihan

Hari pertama pemilihan



Ketiga :
Selepas anda berjaya melepasi KEM ini, anda akan dipanggil untuk temuduga di bangunan UOA Kuala Lumpur. Anda akan ditemuduga oleh 7 orang Tan Sri dan dato yang terdiri daripada orang penting Yayasan. Pelbagai isu akan dilontarkan kepada anda dalam Bahasa Melayu dan Inggeris. So, bersedialah dengan apa jua solan mereka. Tunjukkan bagaimana kebolehan diri anda.

Kemudian, mereka yang berjaya akan mendapat borang tawaran dan dokumen perjanjian. Setiap tahun juga anda akan dipanggil ke Kem bersama rakan-rakan yang lain. Perima BTAR biasanya hanya mereka yang terdiri daripada kursus kedoktoran sahaja. Sekian sahaja perkongsian saya.
Basah ketika aktiviti

Kenangan Bersama semua dalam kem tahunan kami yang pertama


1 comment:

  1. blh x kongsikan cmne iv tu..becoz sy akn ditmuduga 23hb ni..lama x?samtu sesi atau beberapa sesi, bagaimana dijalankan dan yang diterima akan dimaklumkan secara terus atau bgaimana?

    ReplyDelete