Assalamualaikum.. lama rasanya tak update dekat 2 bulan dah kerana sibuk sangat banyak program dan ceramah jemputan. Syukur boleh juga kumpul duit nak kawin hehe.. Baiklah berbalik pada tajuk kita hari ini Terus kerja atau sambung belajar?
 |
Pasti ramai targetnya nak kawinkan hehe |
Semalam saya berjumpa dengan Kamil kawan sekelas saya tingkatan 5, kini dah menjadi pegawai di Jabatan Agama Islam walaupuun lepas SPM dia hanya sambung belajar di Marsah ambil diploma. Minggu lepas saya jumpa Zaimi, waktu di sekolah dia pemain bola wakil sekolah dan saya athlte olahraga. Apa beza kami? saya tidak fokuskan sukan sangat sebab mak tak bagi, tetapi Zaimi hidupnya setiap hari fokus pada bola sepak! Siang malam main bola dan pelajaran sudah tentu dia tidak kesahkan?
 |
6 tahun dulu Zaimi begini tapi sekarang?? |
Namun, selepas 6 tahun kami berjumpa di hadapan bank, saya amat terkejut dia sudah berjaya dengan memiliki trainer dan mendapat projek RM 500 K!!!! Saya terkejut kerana saya sendiri baru sahaja dalam proses mendapatkan projek 50K sedangkan saya belajar khusus dalam bidang psikologi! Dia tidak menyambung pelajaran pun tapi bagaimana dia lebih berjaya? Saya jumpa kawan saya sebelum ini Hasya hanya berkeja di bank dan kini ambil PJJ tetapi telah memakai Honda City! Ini membuatkan saya terfikir berbaloi ke aku ke Universiti???
 |
Adakah besar kereta dia lagi berjaya? Bestnya!! :-) |
Saya pula, hanya pelajar universiti. Cuma saya agak berbeza kerana 2 sebab sahaja dengan pelajar universiti yang lain. 1. Saya mendapat Biasiswa Tunku Abdul Rahman ( hanya 30 orang sahaja terpilih dari semua IPT). 2. Kini saya memiliki sebuah syarikat HAYZI Consultancy yang mampu menyara serba sikit hidup di Univeristi. Tetapi semua ini saya kecapi setelah berusaha keras sepanjang 3 tahun di Universiti. Bagaimana jika saya tidak ada 2 anugerah Allah ini??
Jika saya berjumpa dengan rakan-rakan lama mesti rasa malu. Di sekolah beria-ria belajar siang malam nak dapatkan 4 flat STPM. Dengan keputusan 3.92 dan masuk U, kononnya hebat tetapi tiada apa nak dibanggakan sebab??
1. Tidak ada kerja bahkan hutang PTPTN RM 28k! IPTA tu, kalau IPTS lagi banyak!
2. Tak ada gaji bulanan habuk kosong sedangkan akwan-kawan saya RM 2-3 K sebulan. Saya pernah makan kat kedai bayar guna syiling semua masa awal-awal tahun di Universiti.
3. Kerja tiada jaminan walaupun saya Ijazah Sarjana Muda Pendidikan. Silap-silap kerja dari bawah juga!
 |
hutang! oii pening kepala |
So, Apa hebatnya masuk universiti? Apakah ukuran kerjayaan dalam hidup? Ini yang membuatkan saya berfikir bahawa TERUS KERJA juga ada kebaikannya. Saya telah bagi banyak contoh kawan-kawan saya yang berjaya! Ya jadi mengapa harus panik? Jika anda tidak mendapat tawaran ke Universiti ia bukanlah pengakhirannya hidup anda. Mungkin Allah takdirkan sesuatu yang lebih baik. Jadi apa perlu anda lakukan sekarang??
 |
Orang bijak dia yang menentukan persediaan! |
BERSEDIA!!
Bersedia kerja di tempat yang mungkin boleh menyelamatkan masa depan. Contoh, saya ada 2 sahabat yang dahulu kelas belakang sahaja. Kami bekerja di Tesco ketika itu saya berhenti untuk sambung belajar dan mereka terus bekerja. Apa hasilnya? Selepas 3 tahun, saya masih belajar di Universiti tiada jaminan kerja tetapi kawan saya Rashid gajinya sudah 2k sebulan telah dinaikan pangkat setelah 3 tahun bekerja. Malah Haziq kawan saya juga hanya memerlukan setahun untuk naik sebagai manager dengan gaji RM2 K. Kini dia berpindah ke butik JPO dengan gaji RM 3 k sebulan!
Jadi apa perlu anda risau? Rezeki Allah pelbagai cara.
BAGAIMANA YANG DAPAT TAWARAN BELAJAR? TAKKAN NAK TOLAK?
Tidak semestinya. Tetapi anda harus ingat hutang PTPTN RM 28K, tiada jaminan kerja sebab sekarang persainagn cukup hebat! Dengan pointer 3.9 pun senior saya tiada jaminan posting. Apa lagi universiti bukan pendidikan? Syarikat mana nak ambil awak yang tiada pengalaman? So, ikuti langkah ini sebagai saranan saya.
Itu sahaja perkongsian dari saya, segala contoh saya ambil dari pengalaman saya. Mohon maaf contoh saya ambil untuk memperjelaskan isu untuk lebih difahami bukan membangga diri atau sebaliknya. Apapun pilihan di tangan anda!
Like Hayzi Consultancy untuk info berguna :
https://www.facebook.com/pages/HAYZI-Consultancy/279573562209843?ref=hl